seismik

"Berkicap" - Kapal Terbang Tak Ada Aircond, Para Penumpang Ini Sampai Terpaksa Tahan Panas

Ramai kesian dengan nasib penumpang.

Cover image via @babahnadeen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kapal terbang memang tidak dinafikan sangat efisien dan selesa

Sebab itu, ramai yang memilih untuk menaiki kapal terbang untuk perjalanan jarak jauh dalam negara. Bukan saja boleh elak jam, malah juga boleh jimat masa atas perjalanan kerana masa penerbangan yang sangat singkat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi cemas di sebuah kapal terbang kerana aircond rosak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Penumpang terpaksa tahan panas dan berpeluh sepanjang penerbangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merakam situasi dan suasana dalam sebuah kapal terbang yang dinaikinya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semua penumpang dalam kapal terbang itu kelihatan sangat cemas kerana mereka terpaksa menahan kepanasan.

Sehingga ada bayi yang menangis. Perkara tersebut sudah tentunya membuatkan semua penumpang berang. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Kalau bukak tingkap ,sejuk dia sampai boleh nampak batu nisan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 105K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sepatutnya pihak penerbangan perlu semak dan servis dulu. Kesian penumpang :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: