seismik

12 Situasi Yang Biasa Terjadi Kalau Ada Ramai Adik-Beradik. Memang Kecoh!

Sebenarnya bila ada adik-beradik ramai ni memang best!

Cover image via Zaidi Aziz/Facebook

Hidup dalam keluarga yang mempunyai adik-beradik ramai ni memang best. Kemeriahan apabila berkumpul ramai-ramai tu lain macam. Apatah lagi sewaktu kecil, banyak kenangan dan memori bersama yang pasti tak dapat dilupakan.

Yelah, bila dah ada ramai adik-beradik ni, makanya akan ada pelbagai ragam dan perangai lah kan? Buat mereka yang mempunyai ramai adik-beradik pasti melalui perkara yang sama seperti ini:

1. Berebut bilik air

Berebut bilik air ni semestinya berlaku hari-hari. Tambah-tambah lagi musim persekolahan. Masing-masing dah lah liat nak bangun pagi. Bila bangun dah lambat nak pergi sekolah, so masing-masing pun berebutlah nak mandi apa lagi. Itu belum lagi bila part nak keluar rumah. Selalu bila dah last minute mak ayah nak gerak barulah masing-masing kecoh nak mandi kan? Dapat pulak yang jenis suka 'melalak' dalam bilik air. Memang jenuh lah menunggu.

Image via sprudge.com

2. Berebut makanan waktu makan

Pasal berebut ni memang banyak. Berebut tempat makan, berebut makanan. Setiap keluarga mesti ada satu makanan yang menjadi kegemaran setiap ahli keluarga. Jadi bila emak dah masak makanan tu mesti berebut dengan adik-beradik lain. Haha contohnya ayam goreng. Semua orang berebut nak makan bahagian peha.

Image via giphy.com

3. Siapa last makan basuh pinggan

Ini lagi satu perangai kita selalu jumpa bila ada adik-beradik ramai. Selalunya bila dah makan masing-masing akan liat nak basuh pinggan. Masing-masing akan buat perangai letak je pinggan dalam sinki dapur. Bila emak nampak dah berlonggok, yang paling last lah yang kena basuh semua pinggan mangkuk. Selalunya akak yang sulung lah yang kena. Hehe...

Image via mommylotte.com

4. Tak cukup tempat duduk waktu makan

Bayangkan biasanya meja makan hanya cukup untuk 6 orang saja. Tapi bila adik-beradik dah ramai, campur mak ayah lagi jadi tempat duduk pun tak cukup. So, selalunya ini adalah peluang keemasan masing-masing untuk makan depan TV. Betul tak?

5. Berebut tempat tidur

Mandi jadi hal, makan jadi hal. Nak tidur pun jadi hal jugak. Bila adik-beradik ramai ni, semestinya masing-masing akan tidur bersama-sama. Biasanya masing-masing akan tidur bersama-sama di atas toto. Yang menjadi berebut tu sebab masing-masing nak tidur berdekatan dengan kipas. Itu sewaktu kecil. Bila dah besar berebut nak tidur atas katil pulak. Haha macam-macam!

Image via Twitter

6. Tidur berhimpit-himpit

Tak tahu nak kata best atau tak, tapi bila dah tidur ramai-ramai ni mestilah akan berhimpit-himpit. Seorang dekat atas, seorang dekat bawah. Bangun pagi je masing-masing confirm bergelimpangan sana sini. Bak kata orang tua-tua "dah macam kapal nak berlayar dah". Hehehe...

7. Siapa bangun lambat kemas toto

Ini seringkali terjadi kepada mereka yang 'kuat membuta'. Siapa yang suka bangun lambat, ia dah jadi tugas tetap kena kemas tempat tidur. Percayalah, adik-beradik lain tak akan tolong pun sebab yang bangun lambat ni dah menghuru-harakan tempat tidur. Haha waktu ni pandai-pandai lah kemas sendiri.

8. Berebut remote control

Yang jadi masalah lagi bila ada adik-beradik ramai ni bila rumah hanya ada satu TV je. Setiap orang pula mempunyai rancangan kegemaran masing-masing. Jadi, bila dua atau lebih rancangan ditayangkan dalam satu masa yang sama, maka peperangan berebut remote control akan bermula. Hati-hati remote control mungkin akan melayang dan pecah.

9. Baju raya seragam

Saat paling bahagia untuk kanak-kanak adalah sewaktu hari raya. Dan sekiranya anda ada adik-beradik yang ramai, ibu bapa anda pasti akan membeli baju raya yang warna dan coraknya seragam. Sekali pandang macam boria pulak bila beraya sesama. Tapi kadang-kadang comel jugak. Hehe.

10. Pakai baju abang/kakak

Mungkin tak semua mengalami benda ni. Tetapi buat sesetengah keluarga, anak yang paling last mesti sentiasa dapat baju yang dah digunakan kakak dan abangnya. Biasalah mak kita ni memang sayang nak buang baju-baju tersebut sebab elok lagi. Jadi, tak merasalah kita selalu baju baru. Yang sulung jelah merasa. Betul tak?

11. Siapa paling tua tolong gosokkan baju sekolah untuk adik-adik

Siapa anak pertama angkat tangan! Haha tugas ni memang sinonim dengan anak sulung. Tambahan lagi bila anda seorang kakak. Bila adik dah ramai, secara tak langsung emak akan berikan mandat untuk anda menjalankan tugas tersebut. So, setiap malam Ahad mungkin malam yang panjang buat anda. :P

Image via wikiHow

12. Waktu masak ramai-ramai tolong mak kat dapur

Untuk perempuan, paling best bila ada adik-beradik ramai adalah waktu memasak macam ada kenduri kat dapur. Si kaklong potong bawang, si kakngah tanak nasi, si adik basuh periuk dan macam-macam lagi. Waktu ni lah diorang akan bergosip. Biasanya diorang buat benda yang senang-senang je. Yang paling busy si emak lah sebab nak make sure makanan tu sedap dimakan nanti. Kot tak karang kena marah dengan ayah pulak. Hehehe...

Memang seronok bila ada ramai adik-beradik ni. Bila masing-masing dah besar dan ada anak, maka penuhlah rumah kampung sewaktu hari raya nanti. Serius best!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal adik-beradik, anda dah tonton video-video comel dua beradik ni?

You may be interested in: