seismik

"Sesuai Untuk Diet" - Ini Antara Kebaikan Oatmeal Cookies Premium Daripada Myziff Bakers

Amalkan gaya hidup sihat!

Cover image via Myziff Bakers

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Myziff Bakers.

Tidak dinafikan, kepada sesiapa yang sedang mengamalkan diet seimbang perlu menjaga portion makanan betul tak?

Bukan terus tak makan, cuma kurangkan pengambilan nasi atau makanan tertentu. Tetapi sudah tentu, jika kita kurang makan, pasti sudah cepat lapar.

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk mengambil makanan yang boleh kenyang dalam jangka masa yang lama. Kalau nak snacking atau mengunyah pun digalakkan makan buah-buahan atau salad.

Jangan risau, kini Myziff Bakers hadir dengan pelbagai oatmeal cookies yang sesuai untuk orang yang aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Oats merupakan contoh makanan bijirin penuh dan mengandungi fiber yang tinggi. Oleh itu, biskut oatmeal boleh membekalkan nutrien penting di samping memberikan lebih banyak manfaat pemakanan berbanding kebanyakan biskut lain. Nak tahu apa kebaikan oatmeal cookies? Jom lihat di bawah!

Kebaikan pemakanan oatmeal cookies:

1. Oatmeal kaya dengan nutrien

Gambar sekadar hiasan.

Image via Health Yeating

Oat mempunyai nilai pemakanan yang hebat. Oat adalah sumber serat dan karbohidrat yang penting, juga mengandungi sejumlah besar protein dan lemak jika dibandingkan dengan bijirin lain. Oat juga kaya dengan vitamin dan mineral penting dalam amalan gaya hidup sihat. 

2. Oatmeal baik untuk kecergasan atau fitness dan otot

Gambar sekadar hiasan.

Image via Buka Lapak

Oat merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat penting dan bermanfaat sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh otot ketika melakukan senaman. Selain itu, oat dihadam pada kadar yang perlahan dan ini membolehkan mereka yang memakannya sebelum bersenam akan bertenaga dengan lebih lama.

Oat turut mempunyai gentian beta-glucan yang membantu pelepasan tenaga yang perlahan (slow energy release) disamping membantu mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan oat sebelum bersenam telah terbukti meningkatkan prestasi senaman. Oat juga mempunyai sejumlah besar zat besi yang membantu membawa oksigen ke otot sepanjang senaman.

3. Oat bagus untuk mengawal berat badan anda

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Selain itu, oat juga membantu mengawal pencernaan dan penyerapan nutrien, boleh membantu dan bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan. Oat secara amnya boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang dan sekaligus mengurangkan pengambilan snek.

4. Oat mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan bijirin lain

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Oat juga berfaedah kepada mereka yang mengamalkan rejim kecergasan (fitness regime) atau mereka yang bersenam dengan mengangkat berat kerana oat mempunyai protein yang tinggi, iaitu 40 gram oat akan memberikan anda sekitar 7 gram protein.

Walaupun kualiti protein di dalam oat tidak sama seperti protein di dalam daging atau ayam, menambahkan oat pada diet anda merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan protein dengan mudah.

Biskut Oatmeal keluaran Myziff Bakers adalah snek sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang masa!

Image via Myziff Bakers

Resipi biskut oatmeal yang sihat ini mengandungi 50% oat, tidak mengandungi telur di dalam ramuan, tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan, 100% semula jadi dan halal serta boleh memberikan anda tenaga dan memberikan anda nutrien yang diperlukan setiap hari. Sila layari Instagram dan Facebook Myziff Bakers untuk maklumat lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: