Kecewa Dengan Sikap Doktor Di PPV, Artis Ini Keliru Dengan Isu Rakam Video Masa Divaksin
Apa salahnya kalau nak rakam kan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, kita dibenarkan untuk merakam video semasa divaksin dan kenyataan itu telah dikeluarkan sendiri oleh kerajaan
Namun, masih ada sesetengah doktor atau petugas kesihatan di Pusat Pemberian vaksin (PPV) yang tidak membenarkan video mereka menyuntik vaksin dirakam.
Perkara tersebut telah membangkitkan isu tidak puas hati dalam kalangan rakyat terutamanya mereka yang tidak dapat merakam langsung momen itu.
Tidak terkecuali dengan seorang artis wanita ini apabila video live di Instagramnya telah mendapat perhatian daripada netizen baru-baru ini.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kecewa dengan sikap doktor, tak boleh ambil video masa vaksin dose kedua
Menerusi IG story berdurasi 16 minit yang dikongsi oleh Shiha Zikir, dia menceritakan pengalamannya semasa mengambil suntikan dos kedua di PPV Bukit Jalil.
Apa yang membuatkan ramai naik angin adalah apabila Shiha meluahkan rasa kecewanya kerana mendapat doktor yang bersikap kurang sopan.
Menurutnya, doktor itu tidak membenarkan dia mengambil sebarang rakaman semasa suntikan vaksin dijalankan. Namun, Shiha menegaskan bahawa kerajaan sudah membenarkan semua orang merakam momen itu untuk memastikan mereka benar-benar divaksin.
Tambahnya lagi, tujuan dia ingin merakam video adalah untuk spread positivity kepada rakyat Malaysia yang masih belum mengambil vaksin. Ternyata, perbalahannya dengan doktor itu mencetuskan kemarahan netizen.
"Bagus sangat Shihah, tunggu jugak kot ada orang yang boleh bersuara pasal isu ambil video ni. Benda ni jadi kat kita, PPV Bukit Jalil HCO A" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang sehingga kini mencecah 326K views, 16.5K likes dan 685 comments di Instagram, rata-rata netizen turut merasa tidak puas hati dengan sikap doktor berkenaan.
Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka yang tidak boleh mengambil video semasa divaksin.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Sepatutnya tak jadi isu dan semua orang boleh rakam. At least kalau apa-apa jadi, kita ada bukti. Betul tak? :)