Gambar Viral Kejadian Bunuh Diri Dalam Masa Dua Hari Berturut-turut Di Pulau Pinang

Mangsa dikatakan sangat baik dan peramah.

Seluruh penduduk sebuah flat di Pulau Pinang digemparkan dengan berita seorang lelaki berbangsa Cina mengambil tindakan menggantung dirinya pada besi tangga flat berkenaan

Gambar kejadian tersebut tersebar luas di laman sosial dan Penang Kini melaporkan kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri Lily, Bukit Penara, semalam.

Menurut komen di Facebook yang juga penduduk flat tersebut, mangsa dikatakan mengalami masalah kemurungan setelah kematian isteri dan dalam masa yang sama memiliki anak sakit mental

Bagaimanapun, mangsa dikatakan seorang yang peramah, baik dan sangat ringan tulang. Mangsa juga dikatakan sangat mesra dan berkawan tanpa mengira bangsa.

Ini adalah kes kedua kejadian bunuh diri di Pulau Pinang dalam tempoh 2 hari. Dua hari lepas, 30 November, juga seorang lelaki dijumpai mati menggantung diri di sebuah flyover

Image via BOMBA/TWitter

Pasukan Bomba dan Penyelamat telah diarahkan untuk membantu sepasukan polis menurunkan seorang mangsa bunuh diri yang dijumpai tergantung di flyover Taman Tangling Indah, Sungai Bakap sekitar jam 8.35 pagi.

Image via Cari

Komander Operasi melaporkan pihak forensik selesai menjalankan siasatan pada jam 9.45 pagi dan mangsa berjaya dinaikkan pada jam 9.54 pagi kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Image via BOMBA/TWitter

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, seorang gadis telah membunuh diri kerana tertekan dalam pelajaran:

Leave a comment