seismik

Kenali Ikan Norwegian Fjord Trout & Perbezaannya Dengan Ikan Norwegian Salmon Biasa

Rupa bentuknya seakan-akan ikan Norwegian Salmon dan tidak hairan ramai yang keliru.

Cover image via Norwegian Seafood Council

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Norwegian Seafood Council.

Tahukah anda bahawa Norway merupakan pengeksport dan pembekal makanan laut terbesar di dunia?

Ramai orang tahu tentang ikan Norwegian Salmon, tetapi bagaimana pula dengan ikan Norwegian Fjord Trout?

Sebenarnya kalau jika kita lihat kedua-dua jenis ikan ini nampak seakan-akan sama kerana tergolong dalam spesies ikan dari keluarga Salmonids. Namun, banyak perbezaan jika dibandingkan antara ikan Norwegian Salmon dan Norwegian Fjord Trout.

Biarpun ikan Norwegian Salmon dan Norwegian Fjord Trout memiliki khasiat sama, tekstur daging, saiz dan kandungan minyaknya jauh berbeza.

Banyak faktor yang boleh membezakannya dengan ikan Norwegian Salmon. Jika dilihat dari segi teksturnya, ikan Norwegian Fjord Trout lebih kenyal berbanding ikan Norwegian Salmon.

Ikan Norwegian Fjord Trout boleh membesar dalam saiz 2 hingga 5 kilogram sebelum ditangkap, diproses, dibungkus dan dihantar segar ke negara tertentu tanpa disejuk beku.

Fillet ikan Norwegian Salmon (kiri) dan fillet ikan Norwegian Fjord Trout (kanan).

Image via Norwegian Seafood Council

Saiz ikan Norwegian Fjord Trout juga lebih berisi dan warna dagingnya sedikit terang berbanding ikan Norwegian Salmon

Ikan Norwegian Fjord Trout diternak di dalam kolam di tengah laut sejuk yang dibangunkan sendiri oleh mereka di mana air laut bertemu dengan air tawar yang cair dari glasier dan salji.

Dari segi pengeluaran, ikan Norwegian Fjord Trout hanya mewakili 5 peratus daripada jumlah pengeluaran Norwegian Salmon, yang merupakan industri besar di Norway dan diternak di laut terbuka di hampir seluruh garis pantai dari Finnmark Timur ke Norway Barat.

Malah, ikan-ikan ini diberi makan palet khas yang mengandungi pelbagai nutrien untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat.

Ikan Norwegian Fjord Trout

Image via Norwegian Seafood Council

Perbezaan lain bagi kedua-dua ikan ini juga adalah dari segi fizikal ikan di mana kepala ikan Norwegian Fjord Trout lebih bulat dan Norwegian Salmon lebih tajam. Manakala, beza warna antara Norwegian Fjord Trout lebih kemerahan berbanding Norwegian Salmon lebih berwarna oren.

Ikan Norwegian Fjord Trout bukan hanya enak disediakan dalam hidangan Barat dengan cara disalai atau dimakan mentah, malah ia juga memiliki rasa unik jika dimasukkan ke dalam hidangan Asia.

Namun, untuk memastikan rasanya kekal enak, pastikan ikan Norwegian Fjord Trout tidak dimasak secara berlebihan. Jika ingin masak hidangan berkuah seperti asam pedas atau lemak cili padi, pastikan ikan dimasukkan pada saat akhir selepas kuah mendidih.

Sudah tentu, ikan Norwegian Fjord Trout ini merupakan pilihan ikan yang sihat dengan nutrisi berikut:

Norwegian Fjord Trout Escabeche

Image via Norwegian Seafood Council

- Asid lemak Omega-3 secara efektif mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan membantu kesihatan otak.

Vitamin D membantu menjaga kesihatan jantung dan tulang anda serta membantu mengawal tahap gula dalam darah yang sihat serta minda yang lebih tajam.

- Protein adalah komponen asas antibodi, hormon, enzim, dan memberikan sokongan kepada tisu dan organ badan anda.

- Selenium membantu menghilangkan radikal bebas dari badan anda, dan mengurangkan deposit bahan berbahaya dalam saluran darah anda.

Berikut adalah dua hidangan ikan Norwegian Fjord Trout mudah yang boleh anda cuba di rumah:

Ceviche Norwegian Fjord Trout dengan Mangga dan Salsa Caper

Image via Norwegian Seafood Council

1. Ceviche Norwegian Fjord Trout dengan Mangga dan Salsa Caper

  • 250g fillet Norwegian Fjord Trout
  • 0.5 tsp biji fennel
  • 50ml jus lemon dan limau
  • Garam dan lada
  • Setengah biji mangga
  • Setengah biji bawang merah
  • 3 sudu besar caper
  • 1 sudu besar chives dan pasli kerinting segar
  • 15 sudu besar minyak rapeseed
  • Garam dan lada
  • Gula
  • Jus lemon atau limau

Cara penyediaan:

  1. Potong fillet Norwegian Fjord Trout menjadi kepingan nipis.
  2. Tumbuk biji fennel, campurkan dengan jus limau dan jus lemon, dan perasakan dengan garam dan lada.
  3. Sapukan Norwegian Fjord Trout dengan perapan 10 hingga 15 minit sebelum dihidangkan.
  4. Potong dadu mangga dan bawang merah, dan cincang halus chives dan pasli.
  5. Campurkan mangga dan bawang dengan herba, caper, dan minyak.
  6. Perasakan dengan garam, lada, gula, jus lemon, dan jus limau.

Norwegian Fjord Trout dengan Risoni

Image via Norwegian Seafood Council

2. Norwegian Fjord Trout dengan Risoni (hidangan untuk 4 orang)

  • 100g Fillet Norwegian Fjord Trout
  • 0.5 biji bawang merah dan lobak merah
  • 100g orzo (risoni)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar cuka wain putih
  • 2dl stok ayam
  • 0.5dl krim tunggal
  • Garam dan lada
  • Jus lemon
  • Herba segar

Cara penyediaan:

  1. Potong dadu fillet Norwegian Fjord Trout.
  2. Cincang halus bawang merah dan potong dadu kecil lobak merah dan goreng dengan risoni dalam mentega sehingga bawang merah lembut.
  3. Tambahkan cuka dan kecilkan api.
  4. Tambahkan stok ayam, sedikit demi sedikit, dan biarkan risoni masak di antara setiap kali anda menambah lebih banyak stok.
  5. Perasakan dengan garam, lada, dan jus lemon.
  6. Tambahkan krim dan masak sehingga mencapai konsistensi yang diingini.
  7. Tambahkan potongan dadu Norwegian Fjord Trout dan biarkan masak selama satu minit dalam risoni sebelum dihidangkan.
  8. Hidangkan Norwegian Fjord Trout dalam risoni dengan herba segar ditaburkan di atasnya.

Jika anda ingin mencuba rasa Norwegian Fjord Trout sendiri, anda boleh mengunjungi Village Grocer, Albatross Exim, AEON BiG atau mana-mana pasar raya utama berhampiran anda.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang Norwegian Fjord Trout dengan layari laman web Seafood from Norway!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik