seismik

CEO CIMB Bank Dan 10 Perkara Tentang Menteri Kewangan Baru, Tengku Dato Seri Zafrul

Hebat orangnya!

Cover image via Getty

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahannya

Daripada kesemua barisan kabinet yang diumumkan, antara yang paling menarik perhatian adalah jawatan Menteri Kewangan yang kini disandang oleh Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Ketua Pengarah Urusan CIMB Bank.

Bak kata Perdana Menteri, "Hebat orangnya".

Tak kenal siapakah beliau? Jom lihat senarai di bawah:

1. Tengku Dato Seri Zafrul mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam industri perbankan

Kepakaran Tengku Zafrul adalah dalam bidang pelaburan.

Selain CIMB Bank, beliau juga pernah berkhidmat bersama Maybank, Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings, dan Avenue Securities.

2. Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Urusan bagi Maybank

Image via maybank.com

Jawatan yang dipegang beliau sebelum menyertai CIMB Bank adalah Ketua Pengarah Urusan Maybank Kim Eng Holdings dan Maybank Investment Bank Berhad.

3. Tahun ini, beliau mencecah usia 47 tahun

Tengku Zafrul dilahirkan pada 25 Jun 1973 di Kuala Lumpur.

4. Beliau ada akaun Instagram peribadi

Bagi sesiapa yang ingin ikuti perkembangan semasa Tengku Dato Seri Zafrul, boleh follow di sini. Akaun ini kebanyakannya digunakan beliau untuk mengemas kini tentang bidang kerja yang diceburinya.

Namun ada juga diselitkan mengenai kehidupannya bersama ahli keluarga.

PS: Akaun beliau telah di-private-kan selepas pengumuman kabinet.

5. Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak

6. Beliau memulakan perniagaan Tune Money Sdn Bhd yang kemudian dibeli sepenuhnya oleh AirAsia pada 2015

Image via Tune Group

AirAsia telah memeterai perjanjian jualan saham dengan Tune Money International Sdn Bhd (TMI), untuk membeli 81 juta saham mewakili 60% kepentingan dalam Tune Money Sdn Bhd pada tahun 2015.

7. Banyak anugerah berprestij pernah dimenangi beliau

Sepanjang karier, beliau pernah memenangi Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN, Most Promising Entrepreneurship, Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia, Masterclass CEO of the Year dan banyak lagi.

8. Tengku Zafrul merupakan ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dan banyak lagi

Beliau mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di rantau Asia Pasifik.

Selanjutnya, sebagai seorang advokat pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau merupakan salah seorang ahli tertinggi Majlis Sukan Negara Malaysia, selain sebagai Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.

9. Beliau meminati sukan larian, marathon, dan berbasikal

Image via nst.com.my
Image via bharian.com.my

10. Liverpool adalah pasukan kegemaran beliau

"Liverpool forever," tulis beliau di Instagram.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat senarai penuh Kabinet Malaysia DI SINI:

You may be interested in: