seismik

[TERKINI] Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000

Perincian lanjut pengeluaran RM10,000 akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat.

Cover image via Reuters & Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas berjumlah RM10,000 kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Ismail Sabri bagaimanapun merayu kepada pencarum yang layak supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan," katanya.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP

Beliau berkata, kebenaran pengeluaran itu diputuskan selepas kajian dan penelitian yang mendapati masih ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP, ” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah membenarkan pengeluaran tiga skim daripada KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion dan melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik melanda negara 2 tahun lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: