Kesal Difitnah 'Kaki Buli' Masa Sekolah, Uqasha Senrose Pasang Peguam & Buat Laporan Polis
Uqasha nekad akan ambil tindakan undang-undang kepada individu yang memfitnahnya.
Belum hilang trauma suami dipukul, pelakon Uqasha Senrose kesal terpalit kontroversi dan dakwaan dirinya merupakan kaki buli semasa zaman sekolah dulu
Tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai seorang individu wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa buli Uqasha di sekolah 15 tahun lalu.
Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai di media sosial dan tiba-tiba saja muncul isu baru di saat Uqasha masih bersedih suaminya, Kamal Adli dipukul di Singapura.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Kecewa sebab difitnah tiba-tiba, Uqasha nekad ambil tindakan undang-undang terhadap si pelaku
Menurut sumber, penyebaran dakwaan palsu yang tular menerusi laman Twitter tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Laporan polis juga sudah dibuat dan dia juga melantik peguam bagi menguruskan kes berkenaan.
"Segalanya akan terjawab nanti dan pihak peguam akan buat siasatan terperinci. Saya pun hairan bagaimana dia boleh tuduh saya pernah buli dia. Saya nak tegaskan tak pernah buli orang di sekolah sebab saya yang banyak berpindah sekolah masa tingkatan empat dan lima dulu," katanya menerusi sesi perkongsian live di Tiktok, semalam.
Malah, Uqasha merasa pelik kenapa kes yang sudah berlaku sejak 15 tahun lalu baru nak dibongkarkan sekarang.
"Awak tak berjaya buat saya lemah, sebaliknya awak buat saya lebih bersemangat. Awak kacau mental saya, siapa buli siapa sekarang? Korang yang komen macam-macam di Twitter juga seolah-olah sudah kenal lama dengan saya sebenarnya buli siber terhadap saya," katanya lagi.
Apa-apa pun, semoga urusan Uqasha dan Kamal Adli dipermudahkan dan dijauhi daripada fitnah akhir zaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!