x

seismik

“Keselamatan Diutamakan” - Gelagat Budak Kecil Pakai Helmet Naik Basikal Ini Undang Tawa

Helmet besar sangat tu dik.

Cover image via @poqqaroll (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bermain basikal juga memerlukan seseorang untuk memakai kelengkapan yang betul

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku. Sesiapa yang ingin bermain basikal sewajarnya memakai helmet basikal, sarung tangan dan banyak lagi.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang budak lelaki memakai topi keledar motosikal sewaktu bermain basikal telah meraih perhatian umum.

Lihat video penuh itu di bawah:

Utamakan keselamatan, bedal pakai helmet motosikal

Menerusi video yang dikongsikan oleh @poqqaroll di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki sedang bermain basikal di kawasan perumahan.

Apa yang mengundang tawa adalah apabila budak lelaki itu dilihat memakai topi keledar motosikal yang besar dan berat. 

Lebih menghiburkan hati adalah apabila budak lelaki itu juga hampir terjatuh ketika bermain basikal.

“Ni baru ikut undang-undang jalan raya. Kau memang mantap dik” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 412.4K tontonan, 47.1K tanda suka dan 766 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib tak terjatuh dik. Geram je tengok dia dengan helmet besar tu! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik