seismik

“Paling Mahal” - Aksi Anak Kucing Comel Tidur Atas Hantaran Ini Tarik Perhatian Ramai

Sibuk je dia.

Cover image via @mhmmdmyrul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menyediakan hantaran merupakan satu adat dalam perkahwinan masyarakat Melayu

Kebiasaannya, barangan yang akan diberikan ialah jam tangan, buah-buahan, perfume dan banyak lagi.

Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video yang tular baru-baru ini memaparkan seekor anak kucing tidur di atas hantaran telah menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nampak macam selesa, si anak kucing bedal tidur atas hantaran

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mhmmdmyrul di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam dulang hantaran.

Apa yang menghiburkan netizen adalah apabila terdapat seekor anak kucing terbaring di atas salah satu dulang hantaran di situ.

Tambahan pula, anak kucing tersebut dilihat begitu selesa dan lena.

“Hantaran paling mahal dan comel” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 250.4K views, 34.7K likes dan 307 comments di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Malah, ramai juga menginginkan hantaran seekor kucing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, selamba je dia tidur atas hantaran tu ya! :p

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: