seismik

"Takut, Seram & Menggigil" - Ketukan Pintu Misteri Tanpa Salam Kembali Menghantui Penduduk

Kejadian dipercayai berlaku selepas waktu Maghrib, jam 10 malam hingga 3 pagi.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masihkah anda ingat mengenai rentetan peristiwa ketukan pintu misteri tanpa salam yang berlaku dan mengganggu para penduduk suatu ketika dahulu?

Iya, jika anda masih ingat peristiwa itu berlaku sekitar pada bulan November 2020 iaitu kira-kira setahun lebih yang lalu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini penduduk di Kampung Kelongkong di Tanjung Kling Melaka sekali lagi digemparkan dengan misteri ketukan pintu tanpa salam yang kembali berlaku sejak seminggu lalu.

Azizah

Image via Sinar Harian

Menurut sumber, warga emas, Azizah Baba, 65, berkata, pada Khamis lalu jam 12.38 pagi, dia terjaga dari tidur apabila mendengar ketukan kuat dari arah pintu belakang rumahnya.

Jelasnya lagi, ketukan itu turut didengari suaminya berusia 70 tahun dan kemudian cuba meninjau dari tingkap di sebelah pintu namun tiada siapa.

"Sebelum kejadian mak cik dah terlena, tapi bila dengar ketukan kuat mak cik terjaga dan terkejut sebab terlalu kuat.

"Bunyi ketukan itu berulang kali selama 30 saat sebelum mak cik dengar rumah adik yang terletak bersebelahan rumah pula diketuk," 
katanya.

Tambahnya, beberapa tahun lalu pernah juga berlaku kejadian seumpama itu namun ketukan misteri itu hanya muncul pada waktu Maghrib sahaja.

Mengigil ketakutan selepas dengar bunyi ketukan kuat sehingga terpaksa tidur di rumah jiran

Bagi Zaleha Jalil, 67, berkata, rumah jirannya yang merupakan ibu tunggal turut diganggu ketukan kuat itu sehinggakan wanita yang tinggal bersendirian itu takut dan menggigil lalu menumpang tidur di rumahnya.

"Dah empat malam Rewah (jiran) tinggal di rumah mak cik, kasihan dia sampai menggigil.

"Bila dengar banyak rumah yang diganggu ketukan misteri itu mak cik yang tinggal seorang diri pun rasa takut.

"Harap tiada lagi ketukan misteri itu dan penduduk kampung juga ada buat rondaan pada waktu malam, selepas kejadian itu," katanya.

Zaleha

Image via Sinar Harian

Sementara itu, Tok Sidang Kampung Tanjung Kling, Aziz Japar berkata, kira-kira 20 rumah mengalami kejadian misteri itu sejak Rabu hingga malam Ahad.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas waktu Maghrib, jam 10 malam hingga 3 pagi.

"Walaupun ketukan misteri itu terus berlaku tetapi sehingga kini tiada sebarang kehilangan barang dilaporkan.

"Antara kampung yang terbabit termasuk Balik Bukit, Tanjung Kling, Lereh serta Simpang Tanjung," katanya.

Mengulas lanjut Aziz berkata, anak muda kampung akan membuat rondaan dan bergerak sejurus menerima maklumat berlaku kejadian.

"Sebenarnya sudah lama berlaku dan difahamkan ia bermula di Alor Gajah sebelum sampai ke kampung ini," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: