Konon Nak Kongsi Perbezaan Mi Segera Asli & Tiruan, Ramai Pula 'Geram' Dengan Lelaki Ini
Boleh tahan abang ni.
Makanan segera sememangnya cepat dan memudahkan, malah ia juga sangat sedap
Namun, kita tidak boleh memakannya selalu kerana faktor kesihatan. Sekali sekala nak rasa bolehlah. Terutamanya makanan segera seperti mi segera kerana ia banyak risiko. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada mi segera yang tiruan?
Ia menjadi tular apabila baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi perbezaan di antara mi segera asli dan tiruan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Konon nak ajar tips bezakan ori dan fake, tapi rupa-rupanya...
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki sedang menunjukkan mangkuk yang berisi mi segera untuk dimakannya.
Namun, dia kemudian memberitahu supaya berhati-hati membeli mi segera kerana terdapat yang asli dan tiruan. Selepas itu dia menunjukkan perbezaan di antara dua paket kandungan mi segera itu.
Pada awalnya ramai yang percaya, tetapi rupa-rupanya ia adalah gurauan semata-mata dan bukanlah tiruan.
"Suatu lawak yang baru dan fresh" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengusik lelaki itu dan memberikan pelbagai reaksi kembali terhadap videonya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 12.6K views, 68 retweets dan 135 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!