KPJ Lancar Kempen ‘You Okay Tak?’ Sempena Merdeka, Tawar Saringan Kesihatan RM69
Tengah murah ni, baik pergi check up sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, KPJ tampil dengan kempen "You Okay Tak?" Merdeka Sihat yang berlangsung dari 17 hingga 31 Ogos 2026
Kempen ini mengajak orang ramai supaya tidak hanya melihat kesihatan berdasarkan apa yang dirasai, sebaliknya turut mengambil langkah untuk memeriksa keadaan kesihatan dalaman.
Menerusi kempen berkenaan, KPJ menawarkan Pakej Saringan Kesihatan RM69 bagi membantu orang ramai memeriksa risiko tiga masalah kesihatan yang sering dikenali sebagai 3 Highs, iaitu gula darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Apa yang membimbangkan, ketiga-tiga masalah ini boleh berlaku tanpa menunjukkan simptom yang jelas.

Ramai individu mungkin berasa sihat seperti biasa, walaupun bacaan kesihatan mereka sebenarnya sudah berada di luar julat ideal
Saringan tersebut merangkumi pemeriksaan gula darah puasa bagi mengesan risiko pradiabetes, penilaian tekanan darah serta pemeriksaan jumlah kolesterol lipid.
Menurut KPJ, saringan kesihatan bukan hanya untuk mereka yang sudah berasa tidak sihat, tetapi boleh menjadi langkah mudah untuk memahami keadaan kesihatan semasa dan mengenal pasti faktor risiko lebih awal.

Selain itu, orang ramai turut disaran melakukan pemeriksaan sekiranya sudah lama tidak menjalani saringan kesihatan, sering sibuk atau tertekan, kerap tidur lewat, gemar mengambil minuman manis serta kerap makan di luar termasuk di kedai mamak dan kafe.
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi atau penyakit kardiovaskular juga digalakkan mengambil langkah awal untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
Kadang-kadang badan nampak okay, tetapi pemeriksaan kesihatan mungkin mendedahkan perkara yang kita sendiri tak sedar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via