seismik

Lagi Tinggi Dari KLCC, TRX & Menara KL. Ini Antara Fakta Tentang ‘Merdeka PNB 118’. Wah!

Kalau bangunan ini siap, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa.

Cover image via @SkyscrapersMY (Twitter)

Pasti ramai yang tahu tentang kewujudan bangunan ikonik Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Menara Merdeka 118 bukan?

Image via Harian Metro

Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pembangunan mercu tanda PNB, Menara Merdeka 118 yang berprestij itu akan menjadi penggabungan luar biasa seni bina bersejarah dan kontemporari yang terletak di kawasan bandaraya Kuala Lumpur.

Menara Merdeka 118 tingkat menghadap dua mercu tanda negara, Stadium Negara dan Stadium Merdeka, di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957."
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Menara ini dipercayai bakal siap sepenuhnya menjelang tahun 2021 dan akan jadi mercu tanda baru di Kuala Lumpur City!

Paling menarik, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa!

Untuk anda yang mungkin belum tahu tentang beberapa fakta menarik mengenai Merdeka PNB 118 ini, boleh baca perkongsian melalui rangkaian tweets yang dikongsikan oleh @SkycrapersMY ini

Jangan keliru, bangunan Merdeka PNB 118 ini adalah berbeza dengan bangunan Tun Razak Exchange (TRX)

Apa yang lebih menarik adalah rekaan bangunan ini adalah berdasarkan 'silhouette' imej Tunku Abdul Rahman (TAR) ketika beliau melaungkan MERDEKA! pada 31 Ogos 1957

Kompleks Merdeka 118 ini dibangunkan dalam tiga fasa iaitu:

Tapi kalau nak naik ke atas anjung tinjau, agak gayat juga sebab anda perlu naik menggunakan lif panel kaca yang boleh menampakkan pemandangan di luar

Menara Merdeka 118 ini juga pernah dituduh sebagai kononnya 'punca' dividen ASB turun mendadak pada tahun 2019.

Namun sebenarnya...

Oh ya, untuk pengetahuan anda, arkitek untuk menara Merdeka 118 ini adalah dikenali sebagai Fender Katsalidis berasal dari Australia

Kalau anda ingin lihat sendiri bagaimana menara Merdeka 118 ini dibina secara terperinci, boleh tonton video ini:

Menarik bukan?

Sama-sama kita tunggu menara Merdeka 118 ini siap menjelang tahun hadapan. Tak sabarnya!

Image via Pinterest

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: