seismik

Lantai Banjir Masuk Air, Aksi Seekor Sotong Kecil Berenang-Renang Buat Ramai Terhibur

Selamba dia je lalu situ.

Cover image via @skyeess0 (TikTok)

Makanan laut merupakan antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama

Iyalah, mungkin disebabkan sajian yang kelihatan mewah serta kesegarannya buat ramai terliur.

Lain pula yang terjadi pada video ini memaparkan seekor sotong yang selamba berenang di lantai rumah telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@skyeess0 atas nasihat orang kampung suruh post , jadi kita post lah dengar kata bole #fyp #airpasangbesar kucing mampus - Kxcingg

Air banjir paras buku lali, boleh pula ada sotong kecil berenang masuk rumah

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @skyeess0 di TikTok, kelihatan seekor anak sotong yang tidak tahu datang dari mana terlepas di lantai di biliknya yang sudah banjir.

Apa yang lebih menghiburkan adalah bukan hanya sotong. Malah, ada juga ikan-ikan kecil turut masuk ke dalam rumahnya itu.

Lihat video lain di bawah:

@skyeess0 Replying to @SOUL REMINDER Angin Kencang - Noh Salleh

"Dia on the way nak pergi sinki tu, nak jumpa Spongebob" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 2.1M tontonan, 185.5K tanda suka dan 3.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi berkenaan.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh, nampak macam sedap je kalau masak dengan Maggi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: