Buat Koleksi Plastik Makanan Pemberian Kekasih, Ramai Kongsi Pernah Buat Perkara Yang Sama
Amboi, plastik makanan pun simpan lagi ya.
Ketika sedang mabuk bercinta, pasti banyak koleksi atau surat yang disimpan sebagai kenang-kenangan
Jika dilihat kembali, pasti akan mengimbau semula kenangan manis ketika masing-masing masih angau bercinta.
Sama seperti video ini berkenaan gelagat seorang individu yang masih menyimpan koleksi plastik makanan hasil pemberian kekasihnya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Simpan banyak koleksi plastik makanan hasil pemberian daripada kekasih
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @il0vematcha4sm di TikTok, dilihat individu itu membelek-belek koleksi plastik makanan di bukunya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mungkin ada sesetengah orang menganggap individu itu seakan-akan mengumpul sampah sahaja sebagai koleksi.
Malah, tabiat itu rupa-rupanya ramai juga yang melakukan perkara yang sama.
"Saya dah pernah cuba buat macam ni tapi makin nampak macam sampah" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 776.1K tontonan, 92.8K tanda suka dan 2.4K perkongsian di TikTok, rata-rata ramai juga netizen yang mempunyai tabiat yang sama sepertinya.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Wah, nampak macam menarik. Kalau partner masih tak nampak effort lagi tak tahulah min nak cakap apa :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!