seismik

Trauma Kena Cium Tiba-Tiba, Budak Ini Termenung Jauh Selepas Mainan Buihnya Dipinjamkan

Muka adik tu ketat betul.

Cover image via @shewin4 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Meluangkan masa bersama keluarga di kawasan rekreasi merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan

Terutama sekali apabila dalam keluarga kita masih mempunyai anak kecil yang tidak pernah bosan dengan berseronok.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan reaksi muram seorang kanak-kanak selepas mainan buihnya dipinjam oleh seorang wanita telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shewin4

membe trauma kena kiss dengan perempuan tu sebab perempuan tu nak pinjam belon untuk buat content tiktok

original sound - ZioBANDUNG - ZioBANDUNG

Termenung jauh selepas kena cium di pipi secara tiba-tiba

Menerusi video yang telah dikongsi oleh @shewin4 di TikTok, seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat murung selepas alat mainan buihnya dipinjamkan kepada seorang wanita yang tidak dikenali.

Malah, dia juga turut terkejut selepas diberikan ciuman di pipi secara tiba-tiba oleh wanita berkenaan lalu membuatnya diam terkedu.

Jelasnya, tujuan wanita itu meminjam mainan kanak-kanak itu hanya sekadar untuk membuat content di TikTok.

Lihat video lain di bawah:

@shewin4

melaporkan mangsa tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke putrajaya

original sound - leo

"Jangan dik terlalu mengenang, buruk padahnya. Cinta itu berat" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 847.5K tontonan, 51.8K tanda suka dan 165 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sabar ya dik, setiap orang ada dugaan masing-masing. Tapi min tengok dugaan adik ni special sikit :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: