seismik

"Dah Kenapa Tu?" - Gelagat Dua Awang Hitam Tersangkut Motosikal Di Pagar Cetus Tanda Tanya

Macam mana boleh tersangkut tu?

Cover image via @matpaanlahh (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, Malaysia merupakan sebuah negara yang mendapat kunjungan berjuta-juta pelancong

Mungkin disebabkan kerana pusat pelancongan dan rekreasi yang menarik serta harga yang berpatutan buat mereka.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat dua orang warga asing yang dilihat mempunyai masalah dengan motosikalnya telah mencetuskan tanda tanya ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tayar motosikal tersangkut pada pagar, cara pakai helmet pula yang melucukan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @matpaanlahh di TikToknya, dilihat gelagat dua orang warga asing berkulit hitam yang nampak runsing menyelesaikan masalah tayar motosikal mereka tersangkut.

Apa yang lebih menghiburkan adalah cara pemakaian helmet mereka tanpa visor dilihat sangat melucukan.

Malah, mereka berdua juga dilihat tidak selesa dirakam dan mengarahkan pemilik video untuk berhenti merekod mereka.

Lihat video asal itu di bawah:

"Ni mesti kes pergi pulas full throttle sampai tersangkut" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 384.5K tontonan, 18K tanda suka dan 724 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan helmet mereka.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam mana lah agaknya boleh tersangkut? Apa-apa pun, helmet abang berdua sangat berseni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: