seismik

Latar Belakang Perniagaan & Politik, Ini Sejarah Kehidupan Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 28 Julai 2015.

Cover image via Johari Abdul Ghani (Facebook) & Malaysia Retailer Magazine

Berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan politik, nama Datuk Seri Johari Abdul Ghani sememangnya sangat dikenali dan tidak asing lagi dalam industri kewangan di Malaysia

Seorang akauntan mengikut profesion, beliau juga adalah seorang ahli politik Malaysia dan pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan II dari tahun 2016 hingga 2018 serta kini bergelar pengerusi KUB Malaysia dan C.I Holding Berhad.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada tahun 1964, beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pandan (sekarang dikenali sebagai SRK Tun Hussein Onn) dari tahun 1971 hingga 1976 dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kampung Pandan dari tahun 1977 hingga 1981.

Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Institut Teknologi Majlis Amanah Rakyat (Pengurusan Teknologi Maklumat), Shah Alam dari tahun 1982 hingga 1985 dan memperoleh Diploma Perakaunan, Institut Teknologi MARA sebelum melanjutkan pelajaran dalam Sijil Akauntan Bertauliah Antarabangsa (ACCA) di UK dan kemudiannya mencapai status FCCA pada tahun 1993.

Datuk Seri Johari juga memulakan kerjayanya di firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick & Company. Sejak itu, beliau memegang beberapa jawatan kanan di arena korporat dan telah membantu syarikat-syarikat terkenal di Malaysia.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini bergelar pengerusi KUB Malaysia dan C.I Holding Berhad.

Image via The Star

Beliau juga tidak asing dengan industri barang pengguna yang bergerak pantas (FMCG) kerana beliau sendiri memiliki pegangan saham yang besar di KFC Holdings di mana dia menguruskan jenama seperti KFC, Pizzahut dan Ayamas, yang mengubahnya menjadi syarikat dengan modal pasaran lebih dari RM4 bilion.

Beliau juga membantu Pemanis Sdn Bhd (botol eksklusif produk PepsiCo) sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dari tahun 2005 hingga 2011, menguruskan 14 jenama di bawah PepsiCo.

Datuk Seri Johari membeli francais Pepsi dengan harga RM72 juta dan menjual francais pada tahun 2011 dengan harga RM820 juta kepada Asahi, Jepun, dan memenangi anugerah terbaik tahun berkenaan pada tahun 2011.

Berkongsi pendapat mengenai trend e-dagang sebagai pelengkap perniagaan

Menurut laporan Malaysia Retailer, Datuk Seri Johari juga menyuarakan pendapat beliau mengenai e-dagang dan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

Dengan wabak Covid-19 yang memberi kesan buruk terhadap perniagaan di Malaysia dan global, Datuk Seri Johari mengatakan bahawa e-dagang adalah platform yang lengkap dan menyokong konsep perniagaan ‘brick and mortar’.

"Salah satu kelebihan utama e-dagang adalah disebakan ianya mudah. Ia mempunyai kemampuan untuk mengganggu ekosistem perniagaan biasa, namun, untuk e-dagang yang baik, anda memerlukan ekosistem yang kuat dan cekap yang merangkumi rakan logistik, infrastruktur dan pergudangan. Hal Ini memerlukan kemajuan dari segi teknologi digital," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Techive

Datuk Seri Johari juga bersetuju e-dagang tiada sempadan, berbanding kedai fizikal yang mempunyai kekangan dari segi capaian pelanggan. Begitupun, peniaga hari ini berdepan pelbagai cabaran bagi mengekalkan perniagaan mereka. 

Oleh itu, beliau berpendapat peniaga perlu mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan dan identiti tersendiri. Peniaga juga disarankan untuk menambah ilmu dan memanfaatkan kelebihan e-dagang dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Ditanya mengenai perkembangan industri 4.0, Datuk Seri Johari memaklumkan kerajaan kini berada di landasan yang tepat untuk mengembangkan industri ini namun perlu dipacu dengan lebih laju. Infrstruktur yang lengkap perlu dibina merangkumi sistem siber-fizikal, internet perkara (IoT) , pengkomputeran awan, dan pengkomputeran kognitif.

Jelas beliau lagi, selagi pemain industri bergantung kepada penggunaan tenaga buruh yang terdiri daripa pekerja asing, ianya bakal melambatkan perkembangan industri 4.0. Sebagai contoh dalam industri perhotelan, ramai majikan melantik pekerja asing ekoran permintaan gaji yang rendah dari golongan ini. Secara tidak langsung menyekat penglibatan warga tempatan dalam industri ini.

Perlu ada keseimbangan dalam mengembangkan ekonomi dengan kadar yang pantas

Pengalaman yang luas selama 25 tahun dalam bidang perniagaan ternyata memberi kelebihan kepada beliau sejurus menjejakkan kaki dalam pentadbiran negara. Namun, satu perbezaaan yang nyata ialah kerajaan tidak menumpukan keuntungan semata-mata, sebaliknya lebih memberi fokus kepada pertumbuhan dan kestabilan politik.

"Dalam perniagaan, orang tidak kisah terhadap orang kaya atau miskin. Tetapi dalam menjalankan pemerintahan di mana perkembangan ekonomi adalah keutamaan, keperluan untuk merapatkan jurang antara yang kaya dan yang miskin adalah penting untuk menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi untuk mencapai keadaan sosioekonomi yang sihat." ujarnya.

Katanya lagi, sesebuah kerajaan mempunyai batas, dan untuk menyelesaikan masalah keseimbangan antara keperluan orang kaya dan miskin sering menjadi tugas yang sukar. 

Beliau juga mengingatkan bahawa dalam sesebuah kerajaan perlu ada keseimbangan terutamanya ketika kerajaan terlalu fokus dalam mengembangkan ekonomi dengan kadar yang pantas.

Hentikan ‘politicking’ dan tumpukan kepada soal kejatuhan ekonomi serta kebajikan rakyat

Image via Bernama

Dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin menekan ekonomi dan memberi kesan kepada setiap perniagaan dan lapisan rakyat, Datuk Johari menyeru untuk setiap wakil rakyat di Malaysia tanpa mengira ideologi politik untuk hentikan ‘politicking’ dan menumpukan soal kejatuhan ekonomi serta kebajikan rakyat.

Ancaman Covid-19 ini dilihat amat sukar dibendung tanpa kesepakatan daripada semua pihak.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: