Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat, Najib Perlu Bayar RM50 Juta Untuk Jalani Tahanan Rumah

Lembaga Pengampunan sebelum ini mengurangkan tempoh penjara dan dendanya pada 2024.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenankan menjalani baki hukuman penjara bagi secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta

Menerusi laporan Harian Metro, ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan hari ini.

Pengampunan bersyarat bagi sabitan kes SRC International Sdn Bhd itu membolehkan bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani baki tempoh hukumannya di rumah sehingga tarikh berkenaan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Beliau hendaklah mematuhi syarat ditetapkan dan pengampunan bersyarat ini terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara, jika gagal mematuhi syarat ditetapkan," titah baginda.

Titah berkenaan terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

SAYS.com
Image via NSTP

Keputusan itu menjadi perkembangan terbaharu dalam pelaksanaan hukuman Najib selepas Lembaga Pengampunan sebelum ini mengurangkan tempoh penjara dan dendanya pada 2024

Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta yang diputuskan mahkamah dikurangkan kepada RM50 juta. Sekiranya denda berkenaan tidak dibayar, tempoh penjara ditambah setahun dan tarikh pembebasannya menjadi 23 Ogos 2029.

Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya dan mengekalkan sabitan serta hukuman dalam kes membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan tiga kes pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kedudukan berkaitan dana RM42 juta SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dengan hukuman penjara bagi semua pertuduhan berjalan serentak. Sabitan dan hukuman itu kemudiannya dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

SAYS.com
Image via sebenarnya.my

Isu tahanan rumah Najib sebelum ini menjadi pertikaian undang-undang

Pada Januari tahun lalu, Menteri Dalam Negeri ketika itu memaklumkan Jabatan Penjara tidak menerima arahan daripada Lembaga Pengampunan 2024 untuk membenarkan Najib menjalani baki hukumannya di rumah.

Sebaliknya hanya menerima arahan mengenai pengurangan hukuman kepada enam tahun dan denda kepada RM50 juta.

Perkembangan terbaharu ini berbeza kerana pengampunan bersyarat yang diumumkan kini secara khusus membolehkan Najib menjalani baki hukuman kes SRC International melalui tahanan rumah, tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan.

Laporan antarabangsa mengenai keputusan hari ini turut menyatakan pengampunan bersyarat itu berjalan sehingga 23 Ogos 2028 dan bergantung kepada pembayaran denda RM50 juta.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: