seismik

Lebih 1 Ribu Kes & 11 Kematian COVID-19, Rakyat Dinasihatkan Agar Tidak Ke Korea Selatan

Korea Selatan kini negara kedua tertinggi di mana rakyatnya dijangkiti wabak berbahaya itu.

Cover image via google , France 24 , Twitter @Da'i Wan

Kenaikan secara mendadak kes dijangkiti wabak COVID-19 di Korea Selatan amatlah membimbangkan apatah lagi ramai rakyat Malaysia dipercayai bercuti ke sana

Memetik laporan Astro Awani, jumlah keseluruhan kes wabak tersebut di negara itu meningkat kepada 1,146 orang dan 11 kematian dicatatkan setakat ini. 

Jumlah itu meningkat mendadak disebabkan 134 kes baru yang dicatatkan di sebuah gereja di Daegu dipercayai menjadi pusat penularan wabak tersebut. 

Setakat ini, Seoul mecatatkan kes tertinggi di Korea Selatan iaitu mencecah hampir 400 orang yang disahkan dijangkiti wabak itu. 

Selain itu, menerusi perkongsian netizen di media sosial menunjukkan keadaan kota-kota besar di Korea Selatan yang lengang berikutan amaran merah yang dikeluarkan Kerajaan

Sementara itu, KKM Putrajaya menerusi laman Twitter turut berkongsi perkembangan semasa keadaan wabak di negara tersebut

Bahasa: 

"Penyebaran secara komuniti dilaporkan di Korea Selatan menjadikan negara itu kedua tertinggi selepas China yang teruk dijangkiti wabak COVID-19. 

"Penyebaran secara komuniti bermaksud orang ramai dijangkiti wabak akan tetapi di mana dan bagaimana tidak dapat dikenal pasti puncanya dan penyebaran berterusan berlaku," tulis kenyataan itu. 

Dalam keadaan begitu, ternyata ramai yang masih berdegil dan tetap mahu melawat negara tersebut walaupun mengetahui bahaya yang bakal dihadapi

Tambahan pula, dengan jualan tiket murah baru-baru ini membuatkan ramai yang berbelah bahagi sama ada untuk merebut peluang itu ataupun tidak. 

Image via Twitter

Itu menyebabkan ramai yang kesal dengan sikap 'pentingkan diri' segelintir rakyat kerana masih berdegil dan bakal meletakkan bahaya kepada orang lain

Orang ramai diminta sentiasa berjaga-jaga dan elakkan ke kawasan tumpuan ramai. Yang penting, sentiasa basuh tangan dan juga memakai topeng muka.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: