Pakar Ini Jelas Sebab Rakyat Tak Perlu Memakai Topeng Muka Jika Tidak Sakit. Seriuslah?
Penularan wabak Covid -19 membuatkan orang ramai beli topeng muka untuk elak terkena jangkitan.
Jumlah jangkitan Covid-19 atau lebih dikenali sebagai novel koronavirus telah mencecah hampir 70 ribu orang di seluruh dunia
Walaupun ada pesakit disahkan sembuh daripada wabak itu namun jumlah yang terkena jangkitan lebih mengatasi mereka yang berjaya dipulihkan. Perkara ini amat membimbangkan ramai pihak.
Dalam pada itu, orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga yang tersendiri bagi mengelakkan terkena jangkitan wabak ini. Topeng muka dan pembersih tangan juga kini sukar untuk diperolehi di mana-mana kedai berdekatan berikutan rakyat membelinya secara pukal.
Malah di beberapa negara, ada pihak yang mengambil peluang di mana mereka menaikkan harga kedua-dua barangan ini untuk mendapatkan untung. Disebabkan terdesak, rakyat terpaksa membelinya.
Namun begitu, ada pakar mengatakan bahawa topeng muka tidak perlu dipakai sepenuh masa jika tidak sakit
Satu kartun viral di laman Twitter berkisarkan tentang patut atau tidak topeng muka dipakai tular di laman media sosial baru-baru ini.
Di dalam kartun tersebut, kelihatan dua orang awam mempersoalkan seorang lelaki sebab dia tidak memakai topeng muka di saat wabak sedang berleluasa dan mereka kemudiannya diberikan penjelasan panjang lebar mengenainya.
Kata lelaki itu, jika berasa sihat maka tidak perlulah memakai topeng muka melainkan anda ke kawasan yang berisiko tinggi.
Selain itu, jika anda mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selsema maka ketika itu anda harus memakainya sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan sakit itu berjangkit.
Rupa-rupanya lelaki itu merupakan Profesor Penyakit Berjangkit Universiti Nasional Singapura (NUS) yang dikenali sebagai Doktor Dale Fisher. Beliau juga turut terlibat sebagai perunding di World Health Organization (WHO).
Bagaimanapun, ada yang menyangkal dakwaan doktor itu mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati
Bahasa:
"Entahlah, lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari. Ini juga untuk melindungi diri sendiri daripada mereka yang sakit kerana tidak memakai topeng," tulisnya.
Bahasa:
"Indonesia pakai topeng sebab stail encik," tulisnya.
Bahasa:
"Jadi pergi lah ke Wuhan dan ingat hanya pakai topeng muka jika sakit," tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga warganet mempertahankan kata-kata doktor tersebut
Bahasa:
"Haish, dia dah cakap tentang berisiko tinggi, kalau tempat itu ada amaran maka wajiblah untuk memakai topeng muka," tulisnya.
Bahasa:
"Tidak kalau anda sihat. Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah menjaga kebersihan diri. Topeng muka mengelakkan anda daripada mengjangkiti orang lain, bukannya daripada penyakit," tulisnya.
Bahasa:
"Topeng muka itu bukan untuk anda tapi untuk mereka yang ada sayang," tulisnya.
Orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan terkena jangkitan Covid-19. Yang penting, ikut nasihat pakar dan sentiasa peka dengan informasi baru yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).