seismik

"Tolong Dapatkan Info Sahih" - Dr Amalina Pula Bersuara Tentang Koronavirus

Banyak sangat info yang kita dapat mengenai koronavirus ini. Dah tak tahu mana satu yang betul atau pun tidak.

Cover image via Instagram @dramalinabakri , Twitter @DrAmalinaBakri , google

Saban hari makin ramai yang menemui ajal kerana novel koronavirus di seluruh dunia. Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah itu melebihi kematian virus SARS pada tahun 2003.

Tidak cukup itu, orang ramai yang semakin panik pula terus mempercayai semua khabar angin diterima mengenai wabak tersebut turut menjadi masalah. 

Sebagai contoh di Hong Kong dan Singapura apabila orang ramai bertindak 'mengosongkan' pasar raya dan kedai runcit kerana risau stok makanan tidak mencukupi semasa wabak itu masih mengganas. 

Orang ramai disyaki membeli barangan secara pukal untuk bersedia menghadapi koronavirus di Singapura.

Image via Twitter @sandhya

Memetik laporan Sinar Harian pada 6 Februari lalu, Doktor Kesihatan Profesional (MBBS), Dr Nordin Darus menjelaskan cara elakkan terkena jangkiran wabak itu dalam satu wawancara

Dr Noordin Darus

Image via Sinar Harian

"Apa yang menyebabkan kita kena mudah kena jangkitan sesuatu virus atau penyakit adalah bergantung kepada imuniti tubuh kita. Perkara ini mudah, kita cuma perlu jaga diri.

"Koronavirus ini terkenal dengan sifatnya yang takut air jadi untuk jaga diri kena kerap mandi, jaga pemakanan dan hadkan pergerakan ketika ini. Sesiapa yang terkena jangkitan koronavirus, mereka dinasihatkan untuk minum air kelapa dan air lemon suam antara enam hingga tujuh gelas pada hari pertama.

"Pada hari kedua pula pengambilan air itu perlu diteruskan tetapi dikurangkan kepada masing-masing lima gelas serta perlu mengambil banyak sayur hijau seperti kangkung.

"Uniknya koronavirus dia serang saluran pernafasan sama seperti influenza. Jadi saya juga nasihatkan jangan kerap makan gula, susu dan daging (sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan)," katanya dalam wawancara itu. 

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian seorang warga Twitter dikenali sebagai Zurairi yang ragu-ragu dengan perkongsian tersebut

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian Doktor Amalina Bakri yang turut mempertikaikan perkara itu. Katanya, kajian masih lagi dijalankan berkaitan wabak tersebut.

Rupa-rupanya ramai juga yang keliru dengan kenyataan itu

Bahasa:

"Wow, menakjubkan! Air kelapa, jus lemon suam dan kangkung. Ini adalah fakta yang tidak diperiksa," tulisnya. 

Kita masih belum pasti mengetahui tahap kesahihan mengenai koronavirus ini. Yang penting, sebelum percaya bulat-bulat apa sahaja berkaitan wabak ini, pastikan ia dari sumber sahih ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak tahu lagi tentang wabak ini?

You may be interested in: