seismik

Lebih 15K 'Shares', Lelaki Ini Kongsi Tips Itinerari Ke Hatyai Naik ETS Dari KL Sentral

Macam menarik. Boleh KIV untuk hujung bulan ni sebelum menjelangnya bulan Ramadan. :)

Cover image via Mohd Firdaus/Facebook

Bila bercakap tentang Hatyai, ramai yang tahu di sana memang 'syurga' makanan. Sedap pula tu.

Floating Market, Khlong Hae.

Image via travelazzi.com

Namun begitu, lain orang lain citarasanya. Mungkin ada yang menyukai segala makanan di Hatyai, ada juga yang merasakan makanan di sana 'biasa-biasa' sahaja.

Selain itu, ada juga yang lebih suka membeli-belah ketika berada di negara orang. Mana tidaknya, harga ditawarkan jauh lebih rendah dan barangan yang dijual pula lebih banyak pilihan. Memang rambang mata habis.

Sebab itulah ramai yang suka pergi bercuti ke Hatyai, Thailand.

Jika anda masih belum pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, boleh ikuti tips itinerari Mohd Firdaus ini yang baru sahaja pulang dari bercuti di Hatyai bersama keluarganya.

Menarik!

Perkongsian itinerari yang ditulis telah berjaya meraih lebih 15 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Okay ni apps KTMB yang korang nak beli tiket, dia boleh beli utk 2 org sahaja untuk sekali beli. Make sure korang belilah untuk return sekali okay.

Image via Mohd Firdaus/Facebook

Atas permintaan rakan-rakan sekalian jom saya share kan cara perjalanan dari KL sentral ke Hatyai menaiki ETS serta tempat makan yg menarik boleh di dapati di sana.

Ok untuk tiket korang boleh beli dari apps KTMB, download dr apps store tau (dari apps ni korang bole beli utk 2 org, so kalau nk beli utk 4 org korang kene lah buat 2x)
Harga tiket dewasa: RM76
harga tiket kanak-kanak: RM42 (umur 4tahun ke atas)

Antara tempat makan dan shopping yang menarik boleh korang lawati kt Hatyai adalah :
• Asean Night Bazaar
• Chambura Dim Sum
• Greenway Night Market
• Khlong Hae Floating Market
• Khloeng Hae Seafood buffet Halal
• Lee Garden Plaza Mall
(Boleh tengok cerita tempat-tempat ni pada gambar)

Macam aku bergerak dr KL sentral petang so sampai di padang besar jam 12.10 tengah malam, so aku rekemen korang ambil homestay dengan brader ni, nama sama mcm aku.

Homestay dia amatlah bersih dari habuk (aku ni allergic habuk) dan owner dia amat membantu dari segi contact grab dan lain2 info nak ke hatyai. Di padang besar homestay firdaus nama page nya dan contact en. Firdaus ni +60135805324.

Kalau korang bawak stroller untuk anak, pilih Coach D dan ambil seat paling depan sekali, ada untuk korang parking stroller baby tersebut. Pastu korang jangan lupa bawak jacket atau sweater, dalam ETS sejuk!

Dalam ETS ada ruang solat yg selesa beserta tempat wudhu, kain pelikat dan telekung. Kalau korang nak jamak makesure lepas selsai solat pertama dan nak mulakan solat kedua kene check arah kiblat semula sbb kiblat akan bertukar arah.

Dalam ETS juga ada cafe untuk korang beli makan dan minuman, size dan rasa dia standard dlm penerbangan punya lah kan. Harga makan RM8.50 dan air aku xpasti sebab aku bawak dr rumah.

Ok ni sebelum bertolak masuk ke boarder, aku dapat driver yg hntar ke stationn van padang besar thailand kt bulatan ni lah, dia tunggu tepi divider waktu kami turun grab dr homestay.

Ok waktu korang nak cop passport kr imigration thailand, jangan lupa ambil kertas putih (mcm masuk singapore) dr kaunter imgresen tu dan isi sebelum nk cop. Waktu nk cop korang selitkan RM1/orang dalam passport utk byran kad putih tu ya

Posted by Mohd Firdaus on Sunday, January 26, 2020

Ok waktu korang nak cop passport kr imigration thailand, jangan lupa ambil kertas putih (mcm masuk singapore) dr kaunter imgresen tu dan isi sebelum nk cop. Waktu nk cop korang selitkan RM1/orang dalam passport utk byran kad putih tu ya.

Haaaa sinilah stesyen van padang besar thailand tuh. Cukup orang dia jalan. 50baht je per seat. Kalau anak korang kecik beli satu seat share dengan wife. Barang2 korang kalau banyak dia cas 50baht lg letak atas seat

Posted by Mohd Firdaus on Sunday, January 26, 2020

Haaaa sinilah station van padang besar thailand tuh. Cukup orang dia jalan. 50baht je per seat. Kalau anak korang kecik beli satu seat share dengan wife. Barang2 korang kalau banyak dia cas 50baht lg letak atas seat.

Ini hotel yg aku stay, aku rekemen korang amik hotel ni sebab:
- 500m je ke asian night market (jalan kaki 7mnt)
-800m je ke greenway night market
-150m ke diana kompleks
-hotel ni sediakan breakfast yg halal
-hotel ni ada prayer room

Ok gaisss diana complex ni dekat je ngan hotel aku dduk, dalam ni lah aku beli simkad thai, harganya dlm 150baht unlimited data.

Okay ni asean night bazaar port korang nak beli sourvenior ke alatan elektrik mcm travel iron ke, plug point ke dan lain2 lagi.. Kat tingkat atas ada port makan boekk punya.

Makanan yang ada di Asean Night Bazaar.

Image via Mohd Firdaus/Facebook

Bila di Hatyai memang tak sah kalau tak singgah Khlong Hae Floating Market dan Greenway Night Market

Dorang masak live berrr.. Xde makanan lama, semua makanan bru masak dan fresh

Posted by Mohd Firdaus on Sunday, January 26, 2020

Okay ni lah greenway night market, kalau kt kl mcm uptown la brg2 dia jual.

Tepi2 greenway night market ni ada jual tshirt bundle yg dag di select ngan harga mur2. Klu korang kaki rolling stone ke, iran maiden ke, poppeye ke, mickey mouse semua ada. Tinggal pilih dan bayar jela.

Sekitar greenway night market

Posted by Mohd Firdaus on Sunday, January 26, 2020

Ok dalam greenway night market ni ada tempat makan, aku nk korang alert pasal ni.. Kedai yg jual menggunakan pinggan biru adalah HALAL dan kedai yg jual meggunakan pinggan putih adalah TIDAK HALAL.

Tempat makan murah pun banyak di Hatyai ni, cuma kena tengok juga halal atau tidak

Ok kalau korang nak makan murah,banyak pilihan dan makan xhenti2 korang wajib pegi sini. Untuk buffet dan seafood :- Harga dewasa: 289baht/orang. Harga kanak2: 99baht/orang.

Ok menu yg ada utk seafood,, lebih kurang konsep macam seoul garden laaa

Posted by Mohd Firdaus on Sunday, January 26, 2020

Ok menu yg ada utk seafood, lebih kurang konsep macam seoul garden.

Ok last day and last trip sbb anak aku nak sgt naik tuk tuk, aku pun amik tuk tuk ni dr khloeng hae seafood ke hotel.. Kene lah 200baht (kalau naik grab 146baht).

Ok nilah kereta abg mukhriz yg pikap aku dr hotel ke boarder malaysia.

Di bawah merupakan cara-cara untuk masuk Hatyai dari Padang Besar serta info tambahan yang mungkin anda perlu tahu:

Keretapi - kalau korang pegi kapel atau backpackers style korang bolehlah naik ni dr stesyen padang besar. Ada 2x sehari, pagi jam 10am dan petang jam 4pm. Aku dengar keretapi ni jenis lama dan seat terhad, kalau korang lambat mmg akan penuh dan xdapat dduk la selama 45minit ke hatyai. Harga tiket sangatlah murah RM7/orang

• Mini van - untuk yg berderet anak mcm haku ni boleh lah korang dapatkan khidmat van ni dr stesyen ets padang besar, kebiasaannya dorg dah tunggu kt gate korang keluar dr ets. Harga mereka cas RM20/orang. Biasanya satu van ada 10 seat nanti dorang akan tunggu 10seat penuh baru van jalan dan akan hantar korang sampai ke hotel hatyai.

• Macam kes aku aritu lain sikit, aku naik van juga tapi dari stesyen van padang besar thailand , kos dia mcm murah sikit dari mini van yg biasa korg dengar RM20/seat tu. Aku ambil kereta dr stesyen ETS padang besar, driver bawak kami ke boarder untuk imigration clearance Malaysia dan Thailand kemudian dia hntar kami ke stesyen van padang besar thailand. Kos RM30/trip (boleh naik 2dewasa 3 kanak2). So dari station van ni aku naik sampai ke hotel  hatyai dengan harga 50baht/seat

Untuk transportation korang sekitar hatyai aku xdelah melarang korang nak naik tuk-tuk, tapi seeloknya korang naik grab utk menuju ke destinasi yg korang nak pegi dengan harga yg lebih terjamin. Mungkin korang nak naik tuk-tuk sekadar pengalaman korang bawaklah anak naik satu trip dr tempat makan ke hotel utk last day korang kt sana (carilah org muslim bmf).

Ok tibalah masa untuk pulang dari hatyai ke padang besar, yang nak naik keretapi atau van RM20/seat boleh naik macam biasa, aku ambil kereta dari hotel terus ke padang besar macam biasa sbb anak kecil dan nak kan keselesaan supaya dorang x merengek. So untuk kereta ni biasa mereka charge 1000baht sampai imigration Malaysia. Ni contact driver +66 86 293 2475 namanya abg mukhriz, asal dari thailand tapi fasih cakap utara(senang sketlah korang nak berurusan)

Haaa ni ada sket lg info, kalau korang dtg hatyai hotel xprovide iron ya, kalau bini korang jenis pakai tudung/shawl DUCK ke Ariani keee Bella Ammara keee bawaklah sendiri iron tu atau bole beli di asean night bazaar. Jangan lupa juga extension plug interntional sbb plug dorg xsama mcm kita‼️

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Macam menarik pula kalau dapat ke Hatyai!

You may be interested in: