Marah Staf Salah Beri Makanan, Tapi Tak Sangka Pula Lelaki Ini Kaitkan Dengan Kereta Mewah
"Beria gigih nak drive last sekali ungkit kebodohan sendiri" - Netizen
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman ini memang banyak teknologi seperti aplikasi yang memudahkan rutin harian kita
Jika ingin membeli makanan, sesiapa saja boleh pesan melalui aplikasi penghantar makanan sama ada ingin delivery atau pick-up di kedai. Ia memnag menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur dan menunggu.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang lelaki memarahi staf restoran kerana salah memberi makanan yang dipesan telah mencuri tumpuan.
Difahamkan, pelanggan itu memesan makanan untuk pick-up di sebuah restoran menggunakan aplikasi GrabFood.
Pelanggan marah kerana makanan itu bukan apa yang dipesan
Pelanggan itu dilihat pergi ke restoran tersebut untuk memulangkan makanan yang dipesan. Katanya, dia memesan Nasi Kunyit Ayam Kari tetapi yang diterimanya ialah Nasi Ayam Hainan.
Dia dilihat sangat marah dengan staf di situ sehinggakan ramai pelik apabila dia meleweh bercerita tentang isu lain sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan mudah.Mungkin lelaki itu boleh saja berbincang dengan staf ataupun membuat laporan melalui aplikasi Grab namun sebaliknya, lelaki itu memilih untuk memarahi staf dan mengungkit tentang minyak kereta dan tol yang mahal.
"Hello i want to see manager. Where is manager? Kenapa keluar? I nak jumpa you punya manager. You hantar saya apa makanan?
"I drove 7km, i must to arrive here, you sent what makanan to me? What i ordered? You change now, and pay my petrol, pay my Touch n Go.
"What's that? Nasi kunyit ke? You write all the thing in there, what you check? What's this? Hainan Chicken Rice ah?
“I drove my Mercedes to here, I put Touch n Go and petrol to change my food? No i want to see your manager, call him now!,” marah lelaki itu.
"Kalau guna Grab or foodpanda, kau boleh je click wrong order bagi proof dapat refund, the at the meantime order jelah lagi sekali, siapa suruh bawak Merc kau keluar tiber haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 352.7K views, 1K reposts dan 1K likes di X, netizen turut berpendapat lelaki itu boleh saja selesaikan masalah dengan mudah.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!