seismik

[VIDEO] Cikgu Naik Tangan Tampar Anak Murid Dekat Perhimpunan, Ramai Kata Melampau!

Nak ajar murid pun kena beradab, bukan macam tu caranya.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tugas seorang guru adalah diamanahkan untuk mendidik anak murid

Ada pelbagai cara untuk mendidik dan mengajar mereka dan sudah tentunya bukan dengan cara kasar dan memalukan murid di depan orang ramai. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan tindakan kasar seorang guru terhadap anak muridnya di sebuah sekolah di Terengganu. 

Dapat dilihat sebuah majlis sedang berlangsung di sekolah itu. Difahamkan, seorang murid lelaki berada di bahagian depan untuk mengacara majlis namun datang seorang guru seolah-olah seperti memarahinya. 

Lebih mengejutkan lagi adalah, guru lelaki itu dilihat naik tangan dan menampar muka muridnya depan orang ramai. Tindakan guru itu sempat difoto dan dirakam oleh guru-guru yang sedang duduk di sebelah. 

Guru lelaki itu juga dilihat menolak anak muridnya ke tepi. Situasi itu membuatkan ramai tak puas hati dengan tindakan guru yang naik tangan kepada anak muridnya. 

"Biadap! Belajarlah jadi guru yang pandai kawal emosi. Dalam akta sekalipun guru tidak dibenarkan untuk pukul pelajar. Tegas boleh tapi jangan sampai guna kekerasan. Lempang budak tu tak menyelesaikan masalah, menimbulkan masalah untuk kau adalah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 659K views, 4K reposts dan 4K likes di laman X, netizen turut geram dengan perangai cikgu tersebut. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Kesian pula tengok budak tu kena tampar :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: