seismik

Lelaki Misteri Tiba-Tiba Halang Jalan & Panjat Kereta, Reaksi Netizen Pula Undang Dekah

Abang okay ke tak?

Cover image via @ft.sy_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa yang tak seram tengah khusyuk memandu tiba-tiba stranger serang atau kacau tanpa sebab, betul tak?

Lebih-lebih lagi, yang memandu itu adalah pemandu perempuan. Tak kiralah apa jenis serangan tapi bila dah kena kacau pastinya akan terus rasa gementar dan takut.

Sama seperti sebuah sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang lelaki dirakam sedang menghalang jalan dan memanjat kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@ft.sy_ saya okay je, cuma terkaku dan menggigil sebentar. #sabarituindahhh #ujiandipagihari #fyp original sound - fatinnn_

Tiba-tiba halang laluan di tengah jalan, lepastu selamba panjat kereta siap bunyikan tin biskut

Menerusi perkongsian dash cam yang dimuat naik oleh @ft.sy_, kelihatan dia berada di laluan kampung yang tidak dikenal pasti akan lokasinya.

Difahamkan, lelaki itu datang dari arah depan dan berhenti di depan keretanya. Terkejut dibuatnya apabila lelaki misteri itu secara tiba-tiba memanjat bumbung keretanya.

Malah bukan itu sahaja, lelaki itu siap ketuk tin biskut yang dibawanya sebaik saja turun dari kereta sebagai tanda.

"Akak kena tekan minyak berdiri masa dia atas bumbung, baru dia tahu langit tinggi rendah HAHAHAHAHA" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa seram melihat situasi itu. Tetapi, ramai juga yang terhibur melihat gelagat lelaki.

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 1.1M views, 68.9K likes dan 3,463 comments di TikTok.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin abang tu ingat kereta tu macam jambatan kot? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: