seismik

"Gunalah Makeup Remover" - Lelaki Kongsi Cawan Masih Ada Kesan Lipstick Walaupun Dah Cuci

Betul-betul melekat ya.

Cover image via @sejukweh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perempuan kalau cari jenis lipstick mesti cari yang long lasting lipstick, betul tak?

Bila pakai lipstick yang long lasting ni, ia memudahkan urusan. Katanya, senang dan tak perlu nak touch up lipstick banyak kali.

Iyalah, bila makan saja mesti warna lipstick akan hilang. Bila warna lipstick dah hilang, mulalah muka jadi pucat sebab tak ada secalit gincu di bibir.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video di laman sosial apabila seorang lelaki berkongsi situasi ketika dia membasuh cawan yang masih ada kesan lipstick telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah sental kuat tapi kesan lipstick masih ada

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang membersihkan beberapa cawan yang digunakan selepas kenduri.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menunjukkan cawan yang mempunyai kesan lipstick. Difahamkan, lelaki itu sudah berkali-kali menyental cawan tersebut tetapi kesan lipstick itu masih kekal seperti cat.

Situasi itu rata-rata meraih perhatian netizen. Malah, ada yang memberi cadangan kepadanya untuk membasuh cawan dengan makeup remover.

"Ini kalau 10 cawan macam tu, maunya ambil masa 2 ke 3 hari baru habis membasuh" - Netizen

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 261.6K views, 13.4K likes dan 567 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm, agak-agak akak tu pakai lipstick jenama apa ya? Long lasting betul tu :P

Image via Reaction Gif

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: