LPF Ambil Langkah Progresif, Filem PG18 Kini Semakin Kurang Dikenakan ‘Censorship’
Difahamkan, fokus kini adalah terhadap kawalan penonton yang lebih ketat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Filem PG-18 yang ditayangkan di Malaysia telah mengalami lebih pengurangan penapisan sedikit sejak tiga tahun lalu
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata perubahan itu telah dilaksanakan sejak dua hingga tiga tahun lalu.
Ia membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuka ruang lebih banyak filem ditayangkan di bawah klasifikasi umur yang lebih ketat dan bukannya memerlukan pengurangan yang meluas.
"Jika kita melihat rating mereka sekarang, seperti PG-18 atau PG-16, filem tidak lagi dipotong secara meluas. Sebaliknya, ia dibenarkan ditayangkan dengan sekatan yang menghalang kanak-kanak daripada menontonnya.
"Itu adalah langkah progresif yang benar-benar ingin kita laksanakan. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini, untuk industri ini, kita perlu bersikap terbuka.
"Saya fikir tumpuannya lebih kepada aspek budaya dan memperkasakan kandungan kita untuk dieksport ke peringkat global," katanya.

Pada pembukaan Menara FINAS di Petaling Jaya pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kebebasan dan keterbukaan yang lebih besar dalam seni, terutamanya dalam industri perfileman
Menerusi laporan New Straits Times, Anwar berkata walaupun kerajaan menyokong keterbukaan dalam seni, kebebasan sedemikian mesti kekal berasaskan nilai, budaya dan moral Malaysia.
Beliau berkata kebebasan kreatif yang lebih besar akan membantu memastikan industri seni kekal relevan dan menggalakkan pertumbuhannya, daripada hanya meniru model Barat atau asing yang lain.
"Saya tidak mahu menggambarkan diri saya sebagai terlalu liberal kerana saya akan dikritik oleh golongan ultra-konservatif, tetapi jika kita mahu negara ini maju, kita mesti menerima realiti bahawa golongan muda dan orang ramai mahukan persekitaran yang lebih bebas dan terbuka. Jika persekitaran menjadi terlalu ketat dan tertutup, saya bimbang industri seni, terutamanya filem, tidak akan berkembang," katanya.
Kementerian Dalam Negeri menyokong kenyataan Anwar dalam masa yang sama berkata penapisan filem kekal penting untuk menjaga kepentingan negara, lapor The Star.
Kementerian itu berkata filem yang melanggar piawaian kawal selia mungkin dikehendaki dikenakan perubahan atau boleh diharamkan jika isu babak yang tidak mematuhi peraturan tidak dapat diselesaikan.
Difahamkan, pertimbangan utama adalah termasuk keselamatan negara, ketenteraman awam, agama, moral, keharmonian sosiobudaya dan hubungan diplomatik.
"Keterbukaan dalam ekspresi kreatif dan tanggungjawab terhadap kepentingan negara mesti seiring untuk membina ekosistem filem Malaysia yang matang, berdaya saing dan dipercayai," kata kementerian itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via