seismik

“Macam K-Drama” - Kisah Wanita Terjumpa Lelaki Korea Dalam Tuk Tuk Ini Curi Perhatian

Sweet kisah mereka.

Cover image via @kimdeaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau dah jodoh tak akan ke mana, itulah ungkapan yang sering kita dengar jika bertemu dengan seseorang

Kita sendiri tidak tahu yang dia akan menjadi jodoh kita, Sudah tentu, ramai yang mahukan pasangan impian dalam hidup mereka.

Bukan saja dari segi luaran, malah dari segi dalaman juga. Kalau dapat 2 in 1 tu memang bertuah sangat!

Seperti kisah pasangan ini apabila seorang wanita Indonesia yang bertemu jodoh dengan lelaki Korea Selatan tular di media sosial kerana dianggap seakan-akan babak dalam drama telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu dibawah:

@kimdeaa Dari awal kenal tahun 2015 di bus Kamboja-Thailand, dari Omkim gak bisa Bahasa Indonesia, LDRan terus, kita menikmati prosesnya .. semoga kita selalu happy ya #omkimdandea #koreanindonesiancouple Sempurna - DENII

Kisah percintaan macam dalam babak drama Korea

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka berkongsi detik perkenalan mereka semasa pertama kali berjumpa.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Dea itu pertama kali bertemu dengan Seung-woo ketika bercuti ke Bangkok pada 2015.

Dia ketika itu sedang bercuti di Vietnam tetapi membatalkan perjalanan bersama rakan ke Hanoi dan menukar destinasi ke Kemboja. Dia kemudian, meneruskan percutiannya ke Bangkok sendirian. Selepas melawat Angkor Wat, dia menaiki tuk tuk iaitu kenderaan awam tiga roda untuk ke stesen bas.

Di Bangkok lah dia bertemu dengan seorang lelaki Korea yang bernama Seung-woo ketika itu berada di dalam tuk tuk. Seung-woo membelikan Dea makanan tetapi wanita itu takut untuk memakannya.

Sebaik sahaja tiba, Dea dibantu oleh Seung-woo kerana tersesat. Oleh kerana mereka ingin menuju ke stesen yang sama, mereka menaiki teksi bersama-sama.

Siapa sangka, perbualan mereka kemudian berterusan secara online itu membuatkan Seung-woo jatuh hati dan sanggup datang ke Indonesia selama sebulan.

"Insyaallah aku dan Jungkook seperti itu" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendoakan agar pasangan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.5K views, 2,241 likes dan 66 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Okay bolehlah mula travel dari sekarang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: