seismik

Influencer Kongsi Kenal Dengan Isteri Hanya Sebagai Rakan Movie, Tak Sangka Rupanya Jodoh

Netizen pun tak nak kalah ya.

Cover image via @fendymojoo (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jodoh adalah sesuatu perkara yang kita tidak boleh jangka

Kita tidak tahu siapakah jodoh kita sehinggalah ke hari pernikahan. Tentu sekali ia adalah saat yang ditunggu oleh ramai pasangan. Setelah sekian lama bercinta, akhirnya disatukan dengan ikatan yang sah.

Sama seperti kisah cinta yang dikongsikan oleh seorang Influencer di laman Twitternya ini apabila daripada hanya seorang rakan movie dan akhirnya berkahwin.

Lihat posting itu di bawah:

Tak sangka dari rakan tengok movie jadi suami isteri

Menerusi posting tersebut, seorang influencer yang dikenali Fendy Mojo berkongsi detik perkenalan dia dan isterinya.

Dia memuat naik screenshot perbualan di laman Twitternya. Pada awalnya dia memuat naik status keterujaannya yang akan menonton filem Avengers End Game.

Wanita itu kemudian membalas tweetnya itu dan bertanya adakah dia mahu menonton wayang bersama. Namun, siapa sangka detik perkenalan itu berakhir dengan sebuah perkahwinan.

"So, siapa nak tgk wayang dengan aku" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menggunakan cara yang sama seperti influencer tersebut untuk mendapatkan kenalan. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 5,590 retweets, 1,688 quotes tweets dan 20.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Okay, lepas ni dah boleh ajak crush tengok wayang dulu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: