Masrio Cyberjaya Kini Dibuka, Perkenal Set Ayam Gepuk Serendah Harga RM9.90 & Air ‘Free Flow’
Khas buat para pencinta makanan pedas yang ingin merasai sendiri hidangan autentik.
Cover image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama makanan tempatan yang kian melonjak, Masrio, secara rasmi memperkenalkan cawangan pertamanya di Cyberjaya dengan strategi pasaran yang sangat kompetitif iaitu menawarkan set hidangan lengkap ayam gepuk pada harga serendah RM9.90
Keunikan jenama ini dipacu oleh pengasasnya, Rio, yang memanfaatkan pengalamannya selama 10 tahun sebagai pengulas makanan (food reviewer) untuk mengolah resipi asli yang dibawa khas dari Jogjakarta, Indonesia agar menepati selera harian rakyat Malaysia.
Masrio memfokuskan kepada kualiti sambal segar yang ditumbuk setiap hari dengan gabungan gajus istimewa, serta hidangan sampingan unik seperti bayam goreng rangup. Restoran ini menawarkan tiga kategori set utama:
- Pilihan Set (RM9.90 – RM19.90): Terbahagi kepada Set Basic, Set Enjoy, dan Set Ultimate.
- Set Basic (RM9.90): Merangkumi nasi putih, sekeping ayam rangup (crispy), kobis goreng, serta sambal gajus.
- Minuman Tanpa Had 'Free Flow' (RM4.80): Pelanggan boleh menikmati empat jenis minuman sepuasnya, termasuk menu inovasi 'Teh Botol Masrio' yang menggabungkan keunikan teh hitam bersama kemanisan gula melaka.


Masrio tawar peluang perniagaan kepada 10 usahawan tempatan terawal untuk menyertai perkongsian strategik sebagai rakan niaga
Walaupun pasaran F&B bergerak pantas, Rio menegaskan komitmennya untuk memastikan kestabilan kualiti dalaman sebelum berkembang terlalu drastik.
Pihak pengurusan Masrio akan memfokuskan sepenuhnya kepada pengukuhan sistem operasi, kawalan kualiti menu dan pengurusan di outlet pertama mereka di Cyberjaya sebelum melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.
Bagaimanapun, bagi pelan jangka panjang, Masrio juga telah pun membuka peluang peluasan pasaran secara terhad. 10 usahawan tempatan terawal yang memenuhi kriteria berpeluang menyertai perkongsian strategik sebagai rakan niaga dengan modal pelaburan sebanyak RM390,000 bagi setiap outlet.
Bagi para pencinta makanan pedas yang ingin merasai sendiri hidangan autentik ini, berikut adalah perincian lokasi cawangan pertama Masrio:
- Lokasi: Persiaran Setia Eco Glades, Cyberjaya.
- Waktu Operasi: 10.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Malam (Beroperasi setiap hari).


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


