seismik

Malaysia Catat 5,725 Kes Positif Covid-19 Hari Ini, 16 Kematian Direkodkan

Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 203,933 kes.

Cover image via Focus Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,725 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 203,933

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 16 lagi kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 733.

Sementara itu, sebanyak 3,423 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 157,722 kes.

Jumlah kes di Selangor direkodkan paling tinggi iaitu sebanyak 3,126, naik hampir sekali ganda berbanding semalam

"Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 687 kes (12.0 peratus), dan Johor sebanyak 684 kes (11.9 peratus)," katanya.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 419 kes (7.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan Covid-19 hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: