"Covid-19 Dalam Kenangan" - Setahun Berlalu Selepas Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia
Cepat betul masa berlalu.
Tahukah anda hari ini menandakan setahun sejak Malaysia melaporkan kes pertama Covid-19 iaitu pada tarikh 25 Januari 2020
Menerusi sumber, kes pertama itu membabitkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV).
Sebagai rekod, kesemua mangsa itu terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 66 tahun serta dua cucunya masing-masing 11 dan dua tahun.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penularan wabak itu masih belum nampak penghujungnya melalui posting yang dimuat naik di Facebook miliknya hari ini.
"Amat menyedihkan saya hari ini bahawa kita telah selama setahun bertarung melawan Covid-19 di negara ini, namun penghujungnya masih belum nampak," ujarnya.
"Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama" - Dr Noor Hisham
Menurut beliau lagi, walaupun pekerja kesihatan kini keletihan dari segi mental dan fizikal, namun, mereka dan seluruh masyarakat perlu terus berjuang membendung penularannya.
"Patuhi SOP, pakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga penjarakan fizikal. Tinggal di rumah jika kamu tidak mempunyai perkara mendesak di luar.
"Bersama-sama kita dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama meneruskan perjuangan ini, Insya-Allah," katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan reaksi dan komen yang berbeza selepas setahun negara kini menghadapi wabak Covid-19 itu
Ada yang di antara mereka yang mengimbau kembali kenangan ketika hari kejadian yang dilaporkan terdapat kes pertama positif Covid-19 itu di negara ini, malah mereka juga turut memberikan kata-kata semangat kepada frontliners selepas setahun melawan wabak itu.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:
Semoga kita semua dapat bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini hingga kembali kepada 0 kes tempatan seperti dulu. Insya-Allah!