seismik

Masukkan Botol 'Deodorant' Dalam Kemaluan, 4 Pelajar Juvana Dihadap Ke Mahkamah

Mereka didakwa melakukan seks dengan memasukkan botol ke dalam kemaluan.

Cover image via Muhammad Hatim Ab Manan/Berita Harian

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar ini nampaknya masih berkelakuan tidak bermoral

Empat pelajar perempuan yang sedang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol deodorant ke dalam kemaluan penghuni lain.

Mereka didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan botol ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada 9 April lalu

Image via Berita Harian

Berdasarkan laporan Harian Metro, keempat-empat tertuduh melakukan kegiatan tidak bermoral itu di sebuah bilik di sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Mereka berempat yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Empat sahabat ini didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dengan sebat

Pada mulanya, mereka tidak dibenarkan memohon sebarang jaminan daripada pihak mahkamah. Namun, pihak peguam memohon agar mereka diberi jaminan sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hmmm...

You may be interested in: