seismik

MBS Cabut Pintu Penyewa Culas Bayar Sewa RM150 Sebulan, Ada Yang Tertunggak Hingga RM34K

Bukan sikit-sikit jumlah bayaran tu.

Cover image via @mbseremban (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular perkongsian video di TikTok memaparkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Negeri Sembilan melakukan operasi terhadap penyewa

Menerusi video di akaun TikTok @mbseremban, kelihatan mereka ketika itu sedang melakukan Operasi Penguatkuasaan Cabut Pintu terhadap penyewa yang culas membayar sewa Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT).

Hal ini kerana masih ramai penyewa di situ yang enggan dan gagal membayar tunggakan sewaan tersebut sehingga ia semakin meningkat.

MBS bertindak cabut pintu para penyewa di PPRT

Perkara berkenaan membuatkan Majlis Bandaraya Seremban mengambil tindakan dengan mencabut pintu ke atas unit kediaman miliknya yang mempunyai tunggakan sehinga berpuluh ribu ringgit meskipun harga sewa yang dikenakan hanya RM150 sebulan.

Menurut mereka, tempoh dan notis telah pun diberikan sekian lama, namun masih tiada apa bayaran yang dibuat oleh penyewa.

Malah, ada penyewa yang telah membiarkan tunggakan mereka sehingga berjumlah  RM34,000, di mana ia sangat banyak.

Tindakan mereka itu adalah sebagai pengajaran kepada penyewa agar segera menjelaskan tunggakan.

Namun begitu, penyewa masih dibenarkan tinggal di kediaman mereka untuk sementara waktu sehingga hutang tertunggak selesai atau terpaksa keluar dari kediaman tersebut.

Lihat video di bawah:

@mbseremban [PART 1] Operasi Tunggakan Sewa Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) pada 27 Februari 2025 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani #demipertiwi bunyi asal - Majlis Bandaraya Seremban

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: