Mengidam Nak Makan Makanan Askar, Warga TikTok Siap Tolong Carikan Demi Wanita Ini. Sweet!
Ramainya baik hati nak tolong, respect lah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita yang mengandung pasti akan mengidam nak makan macam-macam bukan?
Kadangkala, makanan yang mereka mengidam itu sukar untuk didapati. Maka, encik suamilah yang kena bertungkus-lumus mencari apa yang isteri mahukan. Kalau tidak, orang tua-tua kata nanti bila dah beranak, air liur baby asyik meleleh. Betul ke?
Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengidam makanan askar dan tidak tahu untuk cari di mana sehingga warganet siap carikan makanan itu untuknya.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Tak tahu dekat mana nak beli makanan askar, ramai baik hati nak tolong poskan
Menerusi video yang dimuat naik oleh NullWari dengan kapsyen "mengidam sangat nak makan makanan askar, mana boleh mak hang dapat? takkan nak pi kem askar? depa jual dak?", dia yang sedang hamil itu teringin nak makan makanan askar iaitu Rangsum.
Disebabkan tidak tahu nak beli di mana, dia bertindak memuat naik video tersebut. Tetapi apa yang menyentuh hatinya adalah apabila ramai yang baik hati ingin menolongnya supaya dia dapat makan apa yang diingini.
Ada yang mahu pos makanan itu dari negeri lain, ada yang minta tolong suami mereka belikan, dan ada yang masih bertanya jika wanita itu sudah dapat makan makanan askar itu atau belum. Sifat warganet yang mengambil berat membuatkan wanita itu sebak.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 475.5K views, 22.5K likes dan 464 shares di TikTok
Rata-rata warganet turut kesian kepada bayi dalam kandungan wanita itu, justeru ramai yang menolongnya agar dia dapat juga makan makanan askar tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: