Menu Martabak 'Daging Rusa' Ini Jadi Perhatian Netizen Di Media Sosial Untuk Berbuka Puasa
Murahlah dia jual RM7 je.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kali Ramadan, menu martabak sentiasa menjadi juadah pilihan untuk berbuka puasa sehingga timbul ramai peniaga martabak
Sama ada martabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan penggemar makanan itu ketika berkunjung ke bazar Ramadan.
Keunikannya terletak pada ramuan isinya yang menentukan sedap atau tidak martabak.
Begitupun, penjual martabak, Erma Diana Apwa, 42, di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, Pahang membuat kelainan apabila menyediakan martabak campuran daging rusa untuk menarik perhatian pelanggan.
Menerusi sumber, setiap hari, dia akan menyediakan lima kilogram daging rusa segar untuk dijadikan inti martabak. Selain daging rusa, saya turut menyediakan martabak daging lembu dan ayam.
"Bekalan daging rusa segar, diperoleh daripada pembekal daging di bandar Jerantut setiap hari dan saya memprosesnya untuk dijadikan bahan campuran martabak pada sebelah pagi," katanya.
Jual martabak rusa pada harga RM7, manakala martabak daging lembu dan ayam berharga RM5
Menurut Erna Diana, suaminya, Mohd Shahrul Shamsudin, 49, memastikan bekalan daging rusa mencukupi yang diperoleh daripada pembekal daging rusa bagi memenuhi permintaan penggemar martabak itu.
Katanya, dia bersama suaminya memulakan perniagaan roti canai sejak 10 tahun lalu di kedai Mara di Felda itu dan menjual martabak cuma pada bulan Ramadan.
"Saya membuat 50 keping martabak daging rusa setiap petang dan jumlah sama untuk martabak daging lembu dan ayam yang biasanya habis dijual dalam tempoh empat jam.
"Kebiasaannya, martabak daging rusa laris lebih awal kerana ditempah atau pelanggan di Felda ini menunggu lebih awal untuk membeli, malah ada yang datang dari kawasan berdekatan," ujarnya.
"Ok sangat tu.. 100g daging untuk setiap murtabak.. baru terasa" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen teruja dengan martabak daging rusa yang dijual oleh peniaga itu.
Ada di antara mereka juga yang mempersoalkan daging yang digunakan itu sama ada daging rusa tulen atau tidak kerana mereka difahamkan daging rusa agak mahal di pasaran. Begitupun, ada juga yang menyokong usaha peniaga berkenaan.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial: