seismik

Minta Tolong Rakam Lepas Itu Terus Panggil Sayang, Gadis Terkedu Kena Mengurat Tepi Jalan

Menjadi ke taktik mengurat ni?

Cover image via @hilmihairi_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun sudah beribu tips dikongsi, mengurat gadis ini bukanlah sesuatu yang mudah

Kadangkala, ada lelaki yang sampai kena tumbuk dan kena lempang apabila cuba nak mengurat. Sebenarnya, anda hanya perlu guna cara yang betul supaya dapat pikat hati gadis yang diminati. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang pemuda cuba mengurat gadis di tepi jalan telah meraih tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@hilmihairi_ Satu kena berani, no dua kita kena suruh dia record video kita , yang ketiga kita kena panggil je sayang dekat dia #fyp original sound - Hilmi Hairi

Berani tahan gadis di tepi jalan, lelaki ini confident taktiknya menjadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hilmihairi_, kelihatan seorang pemuda sedang berada di tepi jalan dan cuba nak mengurat gadis yang lalu di situ.

Pemuda itu kemudian dengan beraninya menahan seorang gadis yang lalu di situ. Dia kemudian meminta gadis tersebut merakam video dirinya sedang berjalan. Gadis itu pun tanpa banyak soal menuruti permintaannya.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia sedang merakam tiba-tiba pemuda itu berkata "eh sayang kenapa rakam ni sayang". Gadis itu pun tertawa kecil apabila ditegur begitu. 

"Sekali lagi saya tekankan hanya berlaku pada good looking sahaja. Terima kasih, catat dulu adik-adik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda itu cuba mengurat gadis. Malah, ada juga netizen yang ingin mencuba taktik mengurat yang sama. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 874.4K views, 98.7K likes dan 1,343 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik menjadi, kalau tak jadi ni silap-silap awek tu dah bawak lari phone abang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: