Raih Lebih 3 Juta Tontonan Di TikTok, Video Budak Meraung Tak Nak Adik Ini Dapat Perhatian
Alolo kesian dia sedih nak dapat adik baru.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anak pertama terutamanya pasti tidak akan gembira apabila mengetahui mereka akan mendapat adik
Mereka sudah terbiasa dengan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapa. Jadi, apabila mengetahui perkara ini akan dikongsi nanti membuatkan mereka berasa sedih.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi seorang budak lelaki yang meraung kesedihan apabila ibunya memberitahu dia akan mendapat adik telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Takut dah tak sayang, anak meraung tak nak kongsi ibu dengan bakal adik
Menerusi video yang dikongsi oleh @naomineo, kelihatan seorang wanita dengan teruja memberitahu anaknya bahawa dia akan mendapat baby baru.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi anaknya jelas tidak gembira dengan berita yang disampaikan. Anaknya itu mula meraung kesedihan selepas mendengar dia bakal mendapat adik.
"I don't want you to love someone else, I don't want to share mama", raung anaknya itu. Walaupun sudah beberapa kali dipujuk tetapi anaknya itu masih bersedih.
"It's like his world just crashed the moment he sees the ultrasound" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 3.4M tontonan, 622.3K tanda suka serta 8.5K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi reaksi masing-masing apabila melihat gelagat budak itu yang meraung kesedihan tidak mahu adik.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Sedih betul ya bila tahu nak dapat adik baru. Tak apa mesti lama-lama nanti abang akan sayang adik kan? :D