“Lain Macam” - Gelagat Budak Ini Menangis Sebab Nak Duduk Di Sekolah Buat Ramai Confused
Melawan hukum budak sekolah adik ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apalah ertinya sesi persekolahan tanpa drama air mata oleh anak-anak bukan?
Memang satu cabaran hendak memujuk setiap pagi. Kadangkala macam-macam ragam yang dilakukan mereka sampai pening kepala ibu bapa nak handle.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang budak perempuan menangis kerana mahu duduk di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gara-gara tak mahu pulang ke rumah, budak ini sampai lari keluar dari kereta
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiwaktollah, kelihatan seorang budak perempuan sedang merajuk di dalam kereta.
Tidak lama kemudian, budak itu dilihat berlari keluar dari kereta namun sempat dipujuk bapanya untuk masuk kembali. Apa yang menghiburkan adalah apabila budak itu bersungguh-sungguh menangis kerana mahu duduk di sekolah.
Bapanya jelas terkedu dengan situasi tersebut kerana selalunya anak orang lain menangis tidak mahu ke sekolah tetapi terbalik pula bagi anaknya itu.
"Adik jom dik bincang elok-elok. Adik dah salah ni sepatutnya menangis tak nak datang sekolah" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 474.9K views, 32.1K likes dan 2426K comments di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur apabila melihat gelagat budak itu menangis kerana mahu tinggal di sekolah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: