seismik

Minyak Percuma Untuk 'Runner Bermotosikal' Di Petronas Danau Kota, Setapak

Hanya yang mempunyai beg runner sahaja layak mengisi minyak secara percuma.

Cover image via Pe Chey (Facebook) & Astro Awani

Berita baik buat bagi penunggang motosikal atau yang menjadi runner di sekitar kawasan Danau Kota, Setapak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Menerusi sumber, buat pertama kalinya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dana Kita akan melancarkan program minyak motosikal percuma kepada semua rider ataupun runner tidak kira dari Grab, foodpanda, Lalamove mahupun bergerak secara sendiri.

Tapi dengan syarat semasa hendak mengisi minyak, anda mesti berpakaian lengkap uniform runner dan mempunyai beg yang membawa barang di belakang motosikal anda.

Menurut wakil penganjur Dana Kita atau lebih dikenali sebagai Pe Chey, bagi penunggang motosikal satu tangki penuh minyak mungkin dalam lingkungan harga RM5 hingga RM8 sahaja.

Tapi dengan satu tangki penuh tersebut mungkin mereka akan dapat menghantar makanan lebih daripada 3 atau 4 tempat.

Hanya satu jam sahaja mulai pukul 10 pagi hingga 11 pagi pada 11 Disember 2020

"Berikanlah orang disekelilingmu itu kegembiraan, kelak kau akan merasakan kebahagiaannya di hatimu"

"Bagi segelintir orang,KEBAJIKAN adalah sekadar memberi bantuan,Tetapi bagi mereka yang MEMAHAMI,ianya adalah KEHIDUPAN"

"Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana kamu tidak pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga", katanya.

Berikut di bawah adalah tarikh, masa dan lokasi yang bakal program Dana Kita jalankan:

Tarikh : 11 Disember 2020 (Jumaat)
Lokasi : Petronas Danau Kota, Setapak
Masa : 10 pagi hingga 11 pagi

Semoga usaha murni yang dibuat oleh Dana Kita ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi abang runner dan rider di luar sana :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: