Murtabak 'Cheese' Di Kluang Ini Nampak Betul-Betul Sedap. Sekeping RM5 Je!
Sesuatu yang terbaru di Kluang, Johor!
Sebut saja murtabak, anda pasti sudah terbayangkan rasanya yang enak dimakan panas-panas dan isinya yang penuh dengan daging dan ayam. Memang marvelous!
Jika dulu murtabak hanya terdapat dua jenis sahaja iaitu ayam dan daging. Namun kini murtabak cheese mula menjadi pilihan ramai. Memang tak dinafikan penggunaan keju dalam makanan seperti ini betul-betul menjadi trend sekarang.
Tetapi ada ke yang jual dengan harga yang murah dan sedap?
Buat peminat murtabak, singgah ke Murtabak Hut adalah perkara wajib untuk anda sekiranya ke Kluang, Johor
Kawasan restoran ini cantik dan menarik sesuai untuk makan petang dan malam. Bagi sesiapa yang mencari tempat bersantai untuk seisi keluarga bolehlah ke restoran gabungan citarasa Melayu dan western ini.
Murtabak cheese yang dijual di sini adalah pilihan ayam dan daging. Ia disertakan sekali dengan 5 pilihan topping yang berlainan mengikut citarasa anda sendiri. Anda boleh mencuba Originals, Sausage Bytes, Italian Supreme, Scrumptious Shiitakes, dan Mixed Marvellicious. Dengar nama pun dah buat kita berselera kan?
Menariknya lagi, sekeping murtabak cheese dijual dengan harga RM5 sahaja. Memang berbaloi!
Bukan saja saiznya yang besar, malah limpahan kandungan keju yang ada di dalam murtabak tersebut juga pastinya membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Tidak hanya menawarkan murtabak cheese yang sedap, Murtabak Hut juga menyediakan pelbagai jenis hidangan nasi lemak yang sangat enak
Terdapat empat jenis nasi lemak yang ada di sini iaitu Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Daging, Nasi Lemak Sotong dan Nasi Lemak Ikan. Setiap hidangan dijual dengan harga RM5 (set kecil) dan RM10 (set besar).
Terdapat juga hidangan appetizer seperti Chicken Soup With Onion Bread, Fried Squid With Herbs dan Fried Chicken With Herbs
Hidangan ini juga antara hidangan yang 'wajib cuba' sekiranya anda bertandang ke restoran ini. Roti bawang bersama sup ayam adalah antara hidangan yang menjadi buah mulut di sini. Rasa supnya yang pekat dan berkrim pastinya membangkitkan lagi selera anda.
Apa lagi tunggu? Jom kita serbu!
Alamat:
No 16 Jalan Ciku, 86000, Kluang ,Johor
(Di tengah Bandar Kluang (sebaris Pasaraya Sakan)
Masa Operasi: 3.00ptg – 1.00pg
No Tel : 013-7307054
Facebook: Murtabak Hut
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!