seismik

"MV Taraf Antarabangsa" - Lebih 3 Juta Views Di YouTube, Lagu 'Cumi Cumi' Dipuji Netizen

Nampaknya gimik putus cinta menjadi.

Cover image via SAYS

Baru baru ini, viral di media sosial tentang video Nabila Razali menangis kerana kecewa dengan bekas kekasih.

Penyanyi Nabila Razali telah memuat naik video di Instagram beliau menunjukkan dia sedang menangis dan seolah-olah kecewa dengan sikap lelaki.

Di dalam video tersebut, Nabila memberitahu dia kecewa dengan lelaki yang tidak pernah rasa cukup, walaupun wanita itu telah berkorban segalanya untuk mereka.


Rupa-rupanya itu semua hanyalah gimik semata-mata.....

Gimik putus cinta itu digunakan untuk mempromosi muzik video Pematah Hati apabila berjaya trending nombor satu di YouTube dan mencecah 3 juta tontonan.

Muzik video itu yang menerima pelbagai feedback itu juga telah menampilkan Aedy Ashraf sebagai heartbreaker di dalam muzik video tersebut.  

Gimik putus cinta itu telah menjadi bualan netizen dan Aedy Ashraf telah dikecam dan dikatakan playboy sebelum ini kerana ramai percaya Aedy benar-benar curang. Amboi... boleh tahan supportive juga netizen ni ya?

Image via Astro Awani

Lirik lagu "cumi cumi cumi" yang diulang sebanyak 36 kali itu boleh dianggap sangat catchy sekaligus menjadi tanda tanya netizen. Cumi? Apa tu?

Memetik laporan Astro Awani, sebenarnya ungkapan "cumi...cumi...cumi" itu merupakan singkatan kepada "Cuba Miss Call" yang dipendekkan untuk menyedapkan sebutan.

Nampaknya, singkatan perkataan ini memberi kesan kepada semua orang kerana ungkapan tersebut juga masih stucked di dalam kepala kami.

Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan Nabila Razali ketika ditemubual oleh wartawan Astro Awani baru-baru ini:

"Ramai yang panggil lagu Pematah Hati ini lagu Cumi Cumi, bagi saya tiada masalah pun sebab ia sedikit sebanyak memberi publisiti untuk lagu saya.

"Cumi bermaksud Cuba Miss Call, sama seperti Curahan Hati yang dipendekkan menjadi CurHat.

"Tiada kena mengena pun dengan makanan atau hidupan laut seperti yang sering orang salah anggap," jelas Nabila kepada Astro Gempak.

"Pernah pada mulanya lirik 'cumi' yang diulang-ulang pada rangkap lagu Pematah Hati mahu ditukar menjadikan lirik panjang namun Nabila enggan mengubah karya ciptaan Hael Husaini itu.

"Cumi yang diulang berkali-kali kedengaran comel pula, jadi saya rasa lebih baik kekalkan lirik ini untuk nampak unik dan berbeza," tambah Nabila.


Bagaimanapun, biasalah kecaman netizen pastinya tidak akan terlepas untuk mereka yang bergelar artis. Nabila Razali dikritik teruk oleh sesetengah netizen.

Image via YouTube
Image via YouTube

Tetapi dalam masa yang sama masih ramai juga yang memuji lagu ni. Sampai ada yang kata muzik video tersebut setanding muzik video antarabangsa.

Image via YouTube
Image via YouTube
Image via YouTube

Jadi, anda rasa macam mana? Betul ke macam level international?

Apa-apa pun, jom layan video parody kami ni dulu:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita menarik di SAYS:

You may be interested in: