MySihat Expo 2026 Bakal Himpun 4 Acara Utama Di MAEPS Serdang, Sasar 100,000 Pengunjung

Festival selama tiga hari itu akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di MAEPS Serdang, Selangor.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MySihat Expo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

MySihat Expo 2026 bakal menghimpunkan empat acara utama dalam satu platform bersepadu, sekali gus menyasarkan kedudukan sebagai festival kesihatan, kesejahteraan, sukan dan gaya hidup terbesar di Malaysia

Menurut Moonman Event Sdn Bhd selaku penganjur, festival selama tiga hari itu yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2026 di MAEPS Serdang menyasarkan lebih 100,000 pengunjung, lebih 600 jenama dan pempamer, lebih 50 sesi perkongsian pakar serta 10 acara sukan dan aktiviti komuniti.

Dengan ruang pameran melebihi 170,500 kaki persegi, MySihat Expo 2026 menggabungkan kesihatan dan kesejahteraan dengan sukan, seni budaya dan warisan, pemakanan, kecergasan, wangian, hiburan serta gaya hidup moden dalam satu pengalaman interaktif.

Penganjuran ini memperkenalkan pendekatan baharu kepada landskap ekspo di Malaysia dengan mengubah konsep pameran tradisional menjadi festival yang membolehkan pengunjung belajar, mencuba, berinteraksi dan mengalami sendiri pelbagai aspek kesihatan, kecergasan, seni budaya dan gaya hidup sihat.

SAYS.com
Image via MySihat Expo

Empat komponen utama yang bakal menjadi tarikan festival ialah MySihat Expo, HUNTR Games Kuala Lumpur, FragMania dan Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta

  • MySihat Expo: Sebagai platform utama, acara ini menghimpunkan hospital, pusat perubatan, klinik, syarikat kesihatan, jenama kesejahteraan, nutrisi, kecantikan, teknologi kesihatan dan sukan. Pengunjung berpeluang menyertai pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi bersama doktor dan pakar, forum kesihatan, ceramah gaya hidup sihat, bengkel pertolongan cemas, demonstrasi serta aktiviti komuniti termasuk yoga, zumba dan larian santai.
  • HUNTR Games Kuala Lumpur 2026: Acara ini bakal menempatkan Malaysia sebagai tuan rumah kepada antara pertandingan perlumbaan kecergasan terbesar di rantau ini. Acara itu dijangka menghimpunkan lebih 8,000 atlet dan peserta dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan. Kuala Lumpur turut dipilih sebagai pusingan kelayakan rasmi ke HUNTR Games World Championships 2027, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kalendar sukan antarabangsa.
  • FragMania: Bagi peminat wangian, FragMania bakal menghimpunkan jenama tempatan dan antarabangsa dalam satu platform interaktif. Pengunjung berpeluang mencuba pelbagai koleksi haruman, bertemu pengasas jenama, mengikuti pelancaran produk baharu, demonstrasi dan sesi perkongsian industri serta meneroka dunia wangian secara langsung.
  • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta: Acara ini kembali selepas penganjuran sulung pada 2025 dengan konsep yang lebih segar dan sihat. Festival itu mengetengahkan vendor yang menawarkan pilihan makanan lebih sihat, seimbang dan berkualiti, di samping menghimpunkan pengusaha makanan dari seluruh negara.

SAYS.com
Image via MySihat Expo

Dalam pada itu, Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta turut menampilkan Podcast Anjung Malaysiaku, demonstrasi masakan secara langsung, perkongsian pemakanan sihat, persembahan komuniti, aktiviti keluarga, zumba, larian santai serta pengalaman menjamu selera dalam suasana yang menggabungkan makanan, seni budaya dan gaya hidup.

Moonman Event percaya gabungan keempat-empat komponen itu mampu menjadikan MySihat Expo sebuah festival nasional yang memberi manfaat kepada masyarakat, selain membuka peluang kepada pemain industri memperkenalkan produk, teknologi dan inovasi kepada pasaran yang lebih luas.

SAYS.com
Image via MySihat Expo

Menurut Moonman Event lagi, MySihat Expo diwujudkan untuk membentuk ekosistem yang menghubungkan masyarakat dengan sektor kesihatan, kesejahteraan, sukan dan gaya hidup menerusi pendekatan yang lebih inklusif dan mudah diakses.

"Kami tidak mahu masyarakat hanya memikirkan kesihatan apabila jatuh sakit. Kesihatan perlu dijadikan sebahagian daripada gaya hidup. Atas sebab itu, kami menghimpunkan empat acara utama dalam satu platform agar pengunjung dapat menikmati pengalaman menyeluruh, daripada pemeriksaan kesihatan dan pertandingan sukan kepada pilihan makanan lebih sihat, dunia wangian serta aktiviti komuniti bersama keluarga. Inilah masa depan festival gaya hidup di Malaysia," menurut pihak penganjur.

Selain menjadi destinasi untuk orang ramai, MySihat Expo 2026 turut membuka peluang penyertaan kepada hospital, pusat perubatan, klinik, syarikat farmaseutikal, jenama kesejahteraan, pengeluar makanan, syarikat nutrisi, pengusaha wangian, jenama kecergasan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan syarikat korporat sebagai pempamer, penaja atau rakan strategik.

Dengan sasaran lebih 100,000 pengunjung dan lebih 600 jenama serta pempamer, MySihat Expo 2026 dijangka menjadi penanda aras baharu bagi penganjuran festival kesihatan dan gaya hidup di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: