seismik

"Nak Marah Tapi Kena Sabar" - Mak Pasrah Anak Meragam Bawa Ikan Jalan-Jalan Naik Kereta

Dah kenapa bawa ikan tu naik kereta dik.

Cover image via @atikahnizan_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, kanak-kanak memang mempunyai pelbagai ragam yang kadangkala tidak masuk akal

Ini disebabkan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika tiba-tiba mereka bertanya atau meminta perkara yang bukan-bukan. Sampai peninglah kepala ibu bapa nak melayan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita pasrah dengan gelagat anaknya membawa ikan jalan-jalan telah mencuit hati ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak mahu anak mengamuk, mak terpaksa relakan ikan dijadikan mainan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @atikahnizan_, kelihatan seorang budak lelaki yang baru lepas menangis sedang bermain dengan ikan yang sudah mati.

Budak lelaki tersebut kemudian dilihat membawa ikan itu mengikutnya jalan-jalan naik kereta. Apa yang lebih melucukan adalah apabila cara dia memegang ikan tersebut seolah-olah memegang mainan.

Menurut ibu budak lelaki tersebut, dia terpaksa merelakan situasi itu kerana risau anaknya mengamuk.

"Jimat duit mak ayah tak payah beli mainan yang berpuluh-puluh, beratus-ratus harganya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.5M views, 139.1K likes dan 3.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak itu membawa ikan jalan-jalan.

Malah, ada juga netizen yang berkongsi ragam anak-anak mereka di ruangan komen.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adik ni mungkin nak bagi ikan tu tengok dunia dulu sebelum selamat digoreng dan masuk perut kot :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: