Nepal Mahu Pampasan Perubahan Iklim Bukannya Dilihat Sebagai Perlukan Bantuan Kebajikan

Difahamkan, angka kematian yang tinggi direkodkan akibat bencana terbabit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TT & The Conversation

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nepal mahukan bantuan bencana dianggap pampasan perubahan iklim, bukannya bantuan berbentuk kebajikan

Menerusi laporan Anadolu, Menteri Luarnya, Shisir Khanal, berkata ia disebabkan Nepal menanggung kesan perubahan iklim secara tidak seimbang walaupun negara itu menyumbang sebahagian kecil sahaja pelepasan gas rumah hijau global.

Beliau berkata, berdasarkan data, keseluruhan jejak karbon dan pelepasan gas rumah hijau Nepal adalah kurang daripada satu per sepuluh peratus.

"Glasier sedang mencair. Permafrost sedang mencair dan terdapat risiko berlakunya banjir akibat glasier.

"Apa yang kami katakan kepada dunia ialah sumbangan kami terhadap perubahan iklim ini hampir tidak ada.

"Komuniti global perlu bersatu dan perkara ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai pemberian amal, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada proses pampasan," katanya.

SAYS.com
Image via DE

Angka kematian yang tinggi direkodkan akibat bencana terbabit

Angka kematian akibat bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lalu meningkat kepada 1,225 orang, manakala hampir 4,757 mangsa termasuk 541 di China, masih hilang.

Pihak berkuasa Nepal melaporkan sebanyak 1,204 kematian direkodkan, manakala China mengesahkan 21 kematian setakat semalam.

Khanal menegaskan usaha melindungi kawasan Himalaya tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Nepal semata-mata, sebaliknya masyarakat dunia perlu memainkan peranan.

Beliau memberi contoh, sungai dari Himalaya mengalir ke India dan Bangladesh, sekali gus membekalkan air tawar untuk pertanian serta kegunaan harian kepada lebih dua bilion penduduk.

"Usaha menyelamatkan Himalaya perlu menjadi sebahagian daripada usaha global kerana hari ini ia memberi kesan kepada Nepal tetapi turut menjejaskan China.

"Komuniti global perlu bersatu dan perkara ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai pemberian amal, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada proses pampasan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: