seismik

Netizen Malaysia Bangga Penanggal Tercalon Top 45 Senarai Hantu Dunia, Kecewa Takde Pocong

Lumrah orang kita yang pantang nampak nama Malaysia, mulalah beberapa orang warganet meluahkan rasa bangga kerana nama negara tercalon.

Cover image via Asian Movie Pulse & Twitter @Unexplained

Tidak kira di mana sahaja di pelusuk dunia ini, pasti setiap daripadanya mempunyai kisah-kisah lagenda atau mahluk-makluk mistik yang tersendiri

Yang pastinya, kisah lagenda seram atau hantu ini kebiasaannya berasal daripada kisah yang didakwa benar dan berlaku lama dahulu kemudian selalunya ditokok-tambah untuk menakutkan orang ramai.

Bahkan setiap daripada kita pasti pernah merasai pengalaman seakan-akan terlihat kelibat hantu mahupun mendengar cerita seram dari kawan-kawan ketika berada di bangku sekolah.

Antara hantu atau mahluk halus yang selalu menjadi bualan orang ramai di negara kita termasuklah pontianak, langsuir, toyol, pocong, penanggal dan lain-lain.

Baru-baru ini, warganet dari Malaysia meluahkan rasa bangga mereka apabila hantu tanah air tercalon dalam satu senarai hantu atau makhluk mitos yang paling menakutkan dari seluruh dunia

Semuanya bermula gara-gara satu tweet yang dikeluarkan laman Twitter, The Unexplained, yang memaparkan senarai rawak 45 keatas atau top 45 hantu dan makhluk mitos yang paling menakutkan dari seluruh dunia.

Terdapat pelbagai makluk mitos dari serata dunia yang disenaraikan dalam posting itu beserta dengan keterangan ringkas berkenaan makluk terbabit. Namun yang menarik perhatian warganet dari Malaysia ialah apabila hantu penanggal turut tersenarai.

Menerusi deskripsi, dijelaskan bahawa hantu penanggal merupakan makhluk berkepala wanita dengan urat perut terburai yang mencari darah mangsa pada lewat malam, dan kembali berfizikal normal pada siang hari.

Susulan daripada keluarnya senarai itu dan juga lumrah orang kita yang pantang nampak nama Malaysia, mulalah beberapa orang warganet meluahkan rasa bangga kerana nama negara tercalon

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati terdapat beberapa warganet yang tampil menunjukkan tanda sokongan mereka pada keberadaan hantu penanggal dalam senarai tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan warganet yang menceritakan pengalaman pernah ternampak makhluk berkenaan.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan daripada warganet berasa kecewa kerana hantu 'gula-gula', yang ternyata bukan sahaja sangat terkenal dalam kalangan orang kita, bahkan lebih menggerunkan itu tidak tersenarai.

Apa-apa pun kami percaya senarai itu adalah sekadar hiburan dan komen-komen yang diberikan adalah secara berjenaka sahaja, so jangan ambil serius, tau!

Paling penting, ingat untuk sentiasa patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 7, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Tuesday, 7 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menggerunkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: