seismik

Niat Nak Buang Koleksi 'Kad Tepuk' 28 Tahun, Netizen Nasihat Supaya Simpan Barang Rare Ini

Wow banyaknya!

Cover image via @enciktoi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dahulu, zaman tanpa gajet sememangnya zaman yang banyak mencipta kenangan

Banyak aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan untuk menghilangkan rasa bosan. Bukan setakat aktiviti sahaja, permainan rare seperti penutup botol kaca, gasing dan sebagainya jika diimbau semula pasti akan merinduinya.

Tular sebuah video baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi koleksi kad tepuk yang dikumpul dari zaman kanak-kanak dulu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak buang satu kotak tapi sayang nak buang

Menerusi perkongsian video berkenanaan, kelihatan dia berkongsi kotak lama berisikan kad tepuk yang disimpan selama 28 tahun.

Difahamkan, dia disuruh beberapa kali untuk membuangnya namun dek kerana sayang dia masih menyimpan. Akan tetapi, melihat kepada kondisi kad tersebut membuatkan kali ini dia tekad untuk membuang.

Malah, diruangan komen juga rata-ratanya menasihatinya untuk tidak membuang atau jualkan sahaja. Hal ini kerana ia merupakan barang rare zaman kini. 

Lihat video sesi mengajar anaknya bermain kad tepuk itu dibawah:

"Aku pun pernah kumpul kad tepuk ni. Penuh satu tabung coklat Cadburry tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 613.7K views, 56.5K likes dan 2,004 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengimbau kenangan dulu ketika bermain kad tepuk atau lebih dikenali sebagai kad terap.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jangan buang bang, boleh buat simpanan barang antik ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: